Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 6:59 — Binatang Ternakan (Al-An 'am)

DenganNya semua kunci kunci kepada segala rahsia rahsia; tidak ada sesiapa yang ketahui melainkan Dia. Dia tahu semuanya didaratan dan dilautan.Tidak ada satu daun pun yang jatuh tanpa pengetahuanNya. Dan tidak juga benih didalam tanah yang lembab. Tidak juga apa apa yang basah ataupun yang kering, yang tidak dapat dirakamkan didalam rekod yang nyata.

[6:58] Katakanlah, "Jika aku menguasai hukuman yang kamu cabarkan aku untuk membawanya, semua perkara akan diselesaikan dahulu lagi. Allah yang paling ketahui siapakah yang zalim ."

[6:60] Dialah yang mematikan kamu pada malam hari, dan tahu walaupun sekecilnya akan gerak gaya kamu diwaktu siang hari. Dia bangkitkan kamu setiap pagi, sehingga akhir hayat kamu yang telah disempurnakan, Dan kepadaNyalah sahaja tempat yang terakhir untuk kamu akan dikembalikan. Maka Dia akan menyatakan kepada kamu apa apa yang kamu telah lakukan.