Al-Quran 6:145 — Binatang Ternakan (Al-An 'am)
Katakanlah, "Aku tidak jumpa didalam revelasi revelasi yang diberikan kepadaku berkenaan semua makanan yang diharamkan bagi pemakan melainkan: (1) daging bangkai yang reput, (2) darah yang mengalir, (3) daging babi, kerana ianya tercemar, dan (4) daging kepada binatang yang telah dikotori dengan didedikasikan selain dari Allah." Jika seseorang telah terpaksa (memakannya), dengan tidak disengajakan ataupun bukan dengan kedengkian, maka sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[6:144] Berkenaan dua jenis unta unta, dan dua jenis lembu, katakanlah, "Adakah dua jantan yang Dia haramkan, ataupun dua betina, ataupun kandungan didalam rahim rahim kedua betina? Adakah kamu bersaksikan yang Allah mendekrikan demikian pengharaman kepada kamu? Siapakah yang paling zalim dari orang orang yang mengada adakan penipuan yang demikian dan diatributkan semuanya itu kepada Allah? Lantas mereka memperdayakan manusia dengan tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah tidak akan membimbing manusia yang zalim.
[6:146] Bagi orang orang Yahudi kami haramkan kepada mereka binatang binatang yang kuku kukunya tidak dibahagikan; dan juga kami mengharamkan lemak lembu dan biri biri, melainkan yang terletak dibelakang binatang tersebut, ataupun didalam visera, atau yang bercampur dengan tulang tulang. Itu adalah hukuman kerana mereka sangat melampaui batas, sesungguhnya kamilah yang benar.