Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 6:61 — Binatang Ternakan (Al-An 'am)

Dialah yang Maha Agung dari segala makhlukNya, dan Dia juga akan melantik penjaga penjaga untuk melindungi kamu. Apabila masa yang ditentukan bagi ketibaan ajal kamu maka rasul rasul kami akan mematikan kamu dengan tidak berlengah lagi.

[6:60] Dialah yang mematikan kamu pada malam hari, dan tahu walaupun sekecilnya akan gerak gaya kamu diwaktu siang hari. Dia bangkitkan kamu setiap pagi, sehingga akhir hayat kamu yang telah disempurnakan, Dan kepadaNyalah sahaja tempat yang terakhir untuk kamu akan dikembalikan. Maka Dia akan menyatakan kepada kamu apa apa yang kamu telah lakukan.

[6:62] Kesemuanya akan dikembalikan kepada Allah, Tuhan dan Tuan mereka yang sebenar. Pasti sekali, Dialah hakim yang terakhir; dan juga Dialah penghitung yang paling tepat.