Al-Quran 6:108 — Binatang Ternakan (Al-An 'am)
Janganlah kamu menyumpah pujaan pujaan yang mereka ada adakan disamping Allah, supaya jangan sampai mereka menyumpah dengan mengkufurkan Allah, kerana kejahilan mereka. Kami telah menghiaskan dimata mata mereka itu keindahan akan kerja kerja bagi tiap tiap kumpulan. Akhirnya, mereka akan dikembalikan kepada Tuhan mereka, maka Dia akan memberitahukan kepada mereka segala apa yang telah mereka lakukan.
[6:107] Jika Allah mengkehendaki, mereka tidak akan menyembah pujaan pujaan mereka. Kami tidak melantikkanmu untuk menjadi penjaga mereka, dan tidak juga sebagai penyokong mereka.
[6:109] Mereka bersumpah kepada Allah, dengan seriusnya, jika mukjizat datang kepada mereka, tentu sekali mereka akan percaya. Katakanlah, "Mukjizat hanya datang dari Allah." Dengan apa yang kamu semua ketahui, jika mukjizat pernah datang kepada mereka pun, mereka tentu berterusan mengingkarkan.