Al-Quran 6:109 — Binatang Ternakan (Al-An 'am)
Mereka bersumpah kepada Allah, dengan seriusnya, jika mukjizat datang kepada mereka, tentu sekali mereka akan percaya. Katakanlah, "Mukjizat hanya datang dari Allah." Dengan apa yang kamu semua ketahui, jika mukjizat pernah datang kepada mereka pun, mereka tentu berterusan mengingkarkan.
[6:108] Janganlah kamu menyumpah pujaan pujaan yang mereka ada adakan disamping Allah, supaya jangan sampai mereka menyumpah dengan mengkufurkan Allah, kerana kejahilan mereka. Kami telah menghiaskan dimata mata mereka itu keindahan akan kerja kerja bagi tiap tiap kumpulan. Akhirnya, mereka akan dikembalikan kepada Tuhan mereka, maka Dia akan memberitahukan kepada mereka segala apa yang telah mereka lakukan.
[6:110] Kami yang menguasai minda minda dan hati hati mereka. Lantas, mereka yang mengambil keputusan untuk mengingkarkan, kami tinggalkan mereka dengan kelakuan mereka yang luar batasan, satu kesilapan besar.