Al-Quran 6:31 — Binatang Ternakan (Al-An 'am)
Kerugian sekali bagi sesiapa yang tidak percaya akan bertemu dengan Allah, Dan Waktu yang didatangkan kepada mereka dengan tiba tiba, dan mereka berkata, "Kami sungguh menyesal kerana telah mensia siakan kehidupan kami didunia ini." Mereka akan mengangkat bebanan dosa dosa mereka dibelakang mereka; betapa azabnya bebanan itu!
[6:30] Jika dapat kami perhatikan mereka apabila mereka berdiri didepan Tuhan mereka! Dia akan bertanya, "Adakah ini bukan kebenaran?" Mereka akan menjawab, "Benar Tuhan kami." Dia akan berkata, "Kamu telah menerima siksaan kerana kamu mengingkarinya."
[6:32] Kehidupan didunia ini hanyalah tidak lebih dari illusi dan bermegah megah, sementara tempat diAkhirat jauh lebih baik lagi bagi orang orang yang benar. Tidakkah kamu faham?!