Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 5: Hidangan (Al-Maedah)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[5:1] Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah memenuhi segala janji janji kamu. Dibenarkan untuk kamu memakan dari binatang binatang ternakan, melainkan apa yang telah dikhaskan larangannya didalam ini. Kamu tidak semestinya dibenarkan untuk pergi memburu semasa menjalani ibadah Haji. Allah mendekrikan segala apa sahaja yang Dia kehendaki.

[5:2] Wahai orang orang yang percaya, janganlah kamu melanggar rukun yang telah diinstitusikan oleh Allah, tidak juga pada Bulan yang Suci, begitu juga dengan binatang untuk dikurbankan, dan tidak juga kalungan yang ditandakan untuk binatang, dan begitu juga dengan orang orang yang menuju keMasjid Suci (Ka'aba) untuk mencari keberkatan dari Tuhan mereka dengan memohonkan keizinanNya. Apabila ibadah Haji kamu telah selesai, bolehlah kamu pergi memburu. Jangan sengaja kamu membuat pencerobohan kerana kebencian kamu kepada orang orang yang telah menghalang kamu untuk pergi keMasjid Suci. Kamu mestilah bekerja sama dalam melakukan kebaikan dan ketakwahan; jangan sekali kali kamu bersubahat dalam membuat dosa dengan mengikuti langkah syaitan. Kamu mestilah mengingati Allah . Sesungguhnya Allah Amat Keras dalam membuat hukuman.

Hanya Empat Daging Yang Diharamkan "Binatang Yang Mati Dengan Sendirinya" Di-Definisikan.

[5:3] Diharamkan bagi kamu ialah binatang binatang yang mati dengan sendirinya, darah, daging babi, dan binatang binatang yang dipersembahkan selain dari Allah. (Binatang yang mati dengan sendirinya termasuk yang) mati tercekik, diketuk dengan benda yang kuat, jatuh dari tempat yang tinggi, rodokan yang berlumuran darah, diterkam oleh binatang buas ? melainkan kamu menyelamatkan binatang kamu sebelum ianya mati ? dan binatang sembelihan yang ditaruh dialtar untuk persembahan mereka. Dan juga diharamkan dengan membahagikan daging melalui permainan yang dikhaskan pembayarannya melalui pertarungan; ini adalah satu kekejian. Sekarang ini orang orang yang ingkar itu telah bertukar hati berkenaan (pembasmian) agama kamu; jangan takuti mereka bahkan takutilah Aku. Hari ini, Aku telah lengkapkan agama kamu, menyempurnakan rahmatKu kepada kamu, dan aku telah mendekrikan yang penyerahan diri diri kamu semata mata (kepadaKu) sebagai agama kamu (Islam). Jika seseorang dipaksakan kerana kebuluran (memakan makanan yang diharamkan), dengan tidak disengajakan untuk membuat dosa, maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[5:4] Mereka berbincang kepada kamu berkenaan apa yang dihalalkan untuk mereka; Katakan, "Dihalalkan untuk kamu adalah kesemuanya yang baik, termasuk anjing dan burung falko yang terlatih yang menangkapnya untuk kamu." Kamu melatihnya dengan mengikut apa yang diajarkan oleh Allah kepada kamu. Kamu bolehlah memakan apa yang ditangkapnya untuk kamu, dan sebutlah nama Allah apabila memakannya. Kamu mesti mengingati Allah. Sesungguhnya Allah Maha Cekap apabila membuat Perhitungan.

[5:5] Sekarang semua makanan yang baik telah dijadikan halal untuk kamu. Makanan orang orang kitab adalah halal untuk kamu.* dan juga makanan kamu adalah halal untuk mereka. Juga kamu boleh mengahwini perempuan yang suci diantara orang orang yang percaya, dan juga perempuan yang suci diantara pengikut kitab yang dahulu jika kamu membayar mas kawin mereka. Kamu mesti menjaga kesucian diri, dengan tidak berzina dan mempunyai perhubungan sulit. Sesiapa yang mengingkari kepercayaan selepas meyakininya, semua kebaktiannya akan lenyap begitu sahaja, dan diHari Akhirat kelak dia akan menjadi orang orang yang rugi.

Mengambil Wudu'.

[5:6] Wahai orang orang yang percaya, apabila kamu hendak Mengerjakan Sembahyang (Salat), kamu mestilah: (1). Basuh muka muka kamu, (2). Basuh kedua tangan tangan kamu sampai kesiku, (3) sapu kepala kepala kamu, dan (4) basuh kaki kaki kamu sampai kebuku lali. Jika kamu belum bersih oleh kerana mengadakan perhubungan sek, kamu mestilah mandi. Jikalau kamu sakit, ataupun dalam perjalanan, ataupun mengalami ketidak keselesaan kerana (buang air kecil dan air besar atau mengeluarkan angin perut), ataupun mengadakan (sek) dengan membuat perhubungan dengan perempuan, dan kamu tidak mendapatkan air, kamu mesti mengerjakan pengambilan wudu' kering (Tayammum) dengan menyentuhkan kedua tapak tangan ketanah kering yang bersih lalu disapukan kemuka dan kedua tangan kamu. Allah tidak sekali menjadikan agama susah untuk kamu; Dia ingin menyucikan kamu dan memenuhkan rahmatNya kepada kamu, supaya kamu dapat mensyukurinya.

[5:7] Ingatlah rahmat Allah kepada kamu, dengan perjanjianNya dan Dia membuat perjanjian dengan kamu: kamu berkata, "Kami dengar dan kami ta'at." Kamu mestilah mengingati Allah; sesungguhnya Allah amat mengetahui segala apa yang kamu niatkan.

Kamu Jangan Membuat Penipuan Dalam Bersaksi.

[5:8] Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah benar benar berlaku adil, dan mengingati Allah, apabila kamu telah dipilih untuk menjadi saksi. Janganlah menjadikan konflik diantara kamu membuatkan kamu membiarkan diri kamu terjerumus didalam melakukan ketidak adilan. Kamu mestilah benar benar berlaku adil, kerana itu lebih lagi kebaikannya. Kamu mesti mengingati Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perihatin dengan segala apa yang kamu lakukan.

[5:9] Allah menjanjikan kepada mereka yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang lurus akan mendapat pengampunan dan juga ganjaran yang besar.

[5:10] Bagi sesiapa yang ingkar dan mengingkari revelasi revelasi kami, mereka itulah penghuni Neraka.

Allah Membela Orang Orang yang Percaya.

[5:11] Wahai orang orang yang percaya, ingatlah nikmat Allah terhadap kamu; apabila sesetengah manusia cuba memanjangkan tangan tangan mereka untuk membuat kejahatan kepada kamu, Dia melindungi kamu dan menahan tangan tangan mereka dari mengenamu. Kamu mesti mengingati Allah; kepada Allah sahaja orang orang percaya mesti meletakkan kepercayaannya.

Syarat Syarat Untuk Mendapatkan Perlindungan Allah.

[5:12] Allah telah mengambil perjanjian dari Bani Israil, dan kami melantik diantara mereka dua belas keturunan yang mempunyai hak keistemewaan dalam menjalani urusan Tuhan. Dan Allah bersabda, "Aku sentiasa akan bersama kamu, selagi kamu Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan berkewajiban dalam menderma (Zakat), dan percaya dengan revelasi revelasiKu juga menghormatinya, dan sentiasa berterusan dengan meminjamkan Allah sesuatu pinjaman yang berupa kebajikan. Barulah akan Aku mengampunkan dosa kamu, dan memasukkan kamu didalam taman taman yang air sungai sungai yang mengalir. Sesiapa yang ingkar selepas ini, maka tentu sekali dia telah tersesat jauh.

Akibatnya Kerana Mencabuli Perjanjian Allah.

[5:13] Itu adalah kerana mereka telah mencabuli perjanjian maka kami mengutuk mereka, dan kami jadikan hati hati mereka menjadi keras. Akibatnya, mereka telah mengambil perkataan perkataan dengan menukarkan konteksnya yang sebenar, dan mengabaikan sesetengah dari perintah perintah yang diberikan kepada mereka. Kamu akan sentiasa dapat menyaksikan pengkhianatan mereka, melainkan hanya sedikit dari mereka. Kamu mesti mengampuni mereka, dan tinggalkan mereka. Sesungguhnya Allah amat mencintai orang orang yang suka membuat kebaikan.

Orang orang Nasrani Juga Mesti Mematuhi Rasul Allah.

[5:14] Juga dari mereka yang mengatakan, "Kami adalah orang orang Nasrani," Kami menerima perjanjian mereka. Tetapi mereka telah mengabaikan sesetengah perintah perintah yang telah kami berikan kepada mereka. Akibatnya, kami mengutuk mereka dengan meletakan kemarahan dan kebencian diantara mereka, sampailah keHari Kebangkitan kelak. Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan.

Quran: Adalah Mesej Dari Allah Untuk Yahudi Dan Nasrani.

[5:15] Wahai pengikut kitab, rasul kami telah datang kepada kamu dengan mengumumkan berkenaan kebanyakan perkara yang telah kamu sembunyikan dari kitab, dan untuk mengampunkan kebanyakan dari kejahatan yang kamu telah lakukan. Petunjuk telah datang kepada kamu dari Allah, dan juga dengan kitab yang nayata.

[5:16] Dengannya, Allah membimbing sesiapa sahaja yang ingin mencari kebenaranNya. Dia membimbing mereka untuk menuju keamanan, juga dengan membukakan jalan bagi mereka untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan kehendakNya, dan membimbing mereka kejalan yang lurus.

Kekufuran Yang Melampaui Batas.

[5:17] Jahil sungguh bagi orang orang yang mengatakan bahwasanya Allah itu Al-Masih, anak kepada Maryam. Katakan,"Siapakah yang dapat menentang Allah jika Dia berkehendakkan untuk menghapuskan Al-Masih, anak kepada Maryam, ibunya, dan kesemua yang berada dibumi?" Hanya Allah sahaja yang mempunyai segala kedaulatan yang ada disekelian cekrawala dan dibumi, dan segala galanya diantara keduanya. Dia menciptakan apa sahaja yang dikehendakiNya. SesungguhNya Allah Maha Berkuasa.

Rasul Allah Untuk Yahudi, Nasrani Dan Muslim.

[5:18] Orang orang Yahudi dan Nasrani berkata, "Kami adalah anak anak Allah dan kekasihnya." Katakan, "Kenapa pula Dia menghukum kamu kerana dosa dosa kamu? Kamu hanyalah manusia sebagaimana manusia lainnya yang Dia cipta." Dia mengampuni sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Dia menghukum sesiapa yang dikehendakiNya. Kepunyaan Allah segala kedaulatan yang ada disekelian cekrawala dan dibumi, dan segala yang ada diantara keduanya, dan kepadaNya sajalah destini yang terakhir.

Rasul Allah Yang Dijanjikan.

[5:19] Wahai pengikut kitab, rasul kami telah datang kepada kamu untuk menerangkan sesuatu perkara kepada kamu, selepas waktu yang lama tidak didatangi oleh rasul rasul, supaya tidak kamu mengatakan kelak, "Kami tidak menerima sebarang dari orang yang dapat mengajarkan kami atau memberikan kami amaran." Orang yang mengajarkan dan juga pemberikan amaran telah datang kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

[5:20] Ingatlah semasa Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku ingatlah rahmat yang Allah kurniakan kepada kamu: Dia melantik para nabi diantara kamu, menjadikan kamu raja raja, dan memberikan ganjaran kepada kamu yang mana tidak pernah diberikan kepada sesiapapun sebelumnya.

Allah Berikan Tanah Suci Kepada Israil.

[5:21] "Wahai kaumku, masuklah ketanah Suci yang Allah telah mendekrikan untuk kamu, dan jangan kamu menentangnya, kelak kamu akan menjadi orang orang yang rugi."

[5:22] Mereka berkata, "Wahai Musa, didalamnya ada manusia yang gagah perkasa, kami tidak akan mahu memasukinya, melainkan mereka keluar dari situ. Jika mereka keluar barulah kami masuk kedalam."

[5:23] Kedua lelaki yang dihormati dan dirahmati oleh Allah itu berkata, "Masuklah dipermukaan pintu gerbang. Jika kamu cuba memasukinya, kamu tentu sekali akan dapat mengatasinya. Kamu mesti percayakan Allah, jika sekiranya kamu dari orang orang yang percaya."

Meskipun Kesemua Mukjizat mukjizat yang Mereka Lihat.

[5:24] Mereka berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan memasukinya, selama mereka masih berada didalam. Dari itu pergilah ? kamu dan Tuhan kamu melawan mereka. Kami hanya mahu duduk disini."

[5:25] Dia berkata, "Tuhan kami, aku hanya boleh menahan diriku dan saudaraku. Lantaran itu, pisahkan kami dari kumpulan orang orang yang zalim ini."

[5:26] Dia bersabda, "Mulai sekarang, ini diharamkan untuk mereka selama empat puluh tahun, dimana mereka akan mengembara dibumi ini dengan tidak ada arah tujuan. Janganlah berdukacita terhadap manusia yang zalim.

Pembunuhan Yang Pertama.

[5:27] Bacakan kepada mereka berita yang sebenarnya berkenaan keduanya anak Adam. Mereka mengadakan persembahan, dan telah diterima satu diantara mereka, tetapi tidak kepada yang satunya. Dia berkata, "Aku tentu sekali akan membunuh kau." Dia berkata, "Allah menerima hanya dari orang yang benar.

[5:28] "Jika engkau menghulurkan tangan engkau untuk membunuhku, dan tidak aku berkeinginan menghulurkan tanganku untuk membunuhmu. Kerana aku menghormati Allah Tuhan bagi sekelian alam.

[5:29] "Aku inginkan engkau, bukannya aku, untuk bertanggungjawab atas dosaku dan juga engkau, dan engkau akan tentunya bersama dengan penghuni Neraka. Itulah balasan bagi orang orang yang melampaui batas."

[5:30] Egonya telah menggalakkan dia dengan membunuh saudaranya. Dia membunuh saudaranya, maka akhirnya menjadikan dirinya dikalangan orang orang yang rugi.

[5:31] Maka Allah pun menghantarkan burung gagak untuk mengaiskan tanah supaya dapat mengajarkannya bagaimana cara untuk menanamkan mayat saudaranya. Dia berkata, "Celakalah aku kerana telah gagal untuk menjadikan diriku sepintar burung gagak ini, dan supaya dapat aku tanamkan mayat saudaraku ini." Dia menjadi tidak karuan kerana diselubungi oleh penyesalan.

Pembunuhan Yang Melampaui Batas.

[5:32] Oleh kerana itu, kami mendekrikan untuk Bani Israil, bagi sesiapa yang membunuh seseorang yang tidak melakukan pembunuhan ataupun yang tidak melakukan jenayah yang dahsyat, maka adalah sama sepertinya yang dia telah membunuh kesemua manusia. Dan jika sesiapa yang menyelamatkan nyawa, ini adalah seperti dia telah menyelamatkan keseluruhan nyawa manusia. Para rasul kami telah datang kepada mereka dengan membawa bukti yang nyata, selepas kesemuanya ini, mereka masih juga melampaui batas.

Hukum Bunuh: Dapat Di-Berikan Alasan yang Kuat.

[5:33] Pembalasan yang adil untuk sesiapa yang menentang Allah dan rasulNya, dengan melakukan jenayah yang kejam, maka dianya mestilah dibunuh, ataupun disalib, ataupun tangan dan kakinya dipotong berselang-seli diantaranya, ataupun dibuangkan negeri. Ini adalah untuk memalukan kehidupan mereka didunia ini, dan diAkhirat kelak mereka akan menerima azab yang lebih dahsyat.

[5:34] Dikecualikan kepada mereka yang bertaubat sebelum kamu mengalahkan mereka. Kamu mestilah ketahui yang Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[5:35] Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah menghormati Allah dan carilah jalan walau sesukar mana sekalipun demi untukNya, berusahalah sekuat kuatnya kerana Dia, supaya kamu mendapat kejayaan.

Akibatnya Bagi Orang orang Yang Ingkar.

[5:36] Pasti sekali, sesiapa yang ingkar, jika mereka mempunyai segala apa yang ada didunia ini, walaupun dua kali ganda banyaknya, dan ingin menyerahkan kesemuanya sebagai tebusan dari azab Hari Kebangkitan, tidak akan diterima dari mereka; mereka akan mendapat pembalasan yang sangat menyakitkan.

[5:37] Mereka ingin sekali keluar dari Neraka, bahkan, tidak sekali dapat mereka keluar daripadanya; penyiksaan yang mereka alami itu akan berkekalan buat selama lamanya.

Matematika: Membuktikan Dan Menyokong Keadilan Quran.

[5:38] Pencuri, lelaki ataupun perempuan kamu mesti tandakan tangan tangan mereka sebagai hukuman kesalahan mereka, dan juga untuk dijadikan contoh oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

[5:39] Jika seseorang bertaubat selepas melakukan kesalahan ini, dan mereka telah membaiki diri diri mereka, maka Allah telah mengampuni mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[5:40] Tidakkah kamu ketahui yang kepunyaan Allah segala kedaulatan bagi sekelian cekrawala dan bumi? Dia menghukumkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, dan mengampunkan sesiapa sahaja dengan kehendakNya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

[5:41] Wahai rasul, janganlah engkau merasa sedih dengan orang orang yang lekas mengingkarkan diantara mereka, dengan mengatakan, "Kami percaya," hanya dimulut mereka sahaja, padahal dihati hati mereka tidak percaya. Ada diantara Yahudi, yang mendengarkan pembohongan. Mereka mendengar daripada orang yang belum pernah bertemu dengan engkau, lalu memutarbelitkan perkataan perkataan yang terkeluar dari konteksnya, sambil mengatakan, "Jika kamu diberikan ini, terimalah, tetapi sekiranya jika kamu diberikan sesuatu yang berlainan, berjagalah." Sesiapa sahaja yang Allah izinkan berpaling dari kebenaran, maka tidak ada apa yang dapat engkau lakukan untuk menolong mereka dari Allah. Allah tidak mengingini untuk membersihkan hati hati mereka. Mereka telah mendapatkan kehidupan yang hina didunia ini, dan diAkhirat kelak, mereka akan menderita dengan hukuman yang dahsyat.

[5:42] Merekalah orang yang mengamalkan kebohongan, dan memakan dari hasil pendapatan yang haram. Jika mereka datang kepada kamu untuk meminta dihakimkan diantara mereka, maka kamu bolehlah menghakimi mereka, ataupun kamu bolehlah juga dengan membiarkan mereka. Jika kamu memilih untuk meninggalkan mereka, mereka tidak akan dapat menyakiti kamu walau sedikit sekalipun.Tetapi jika kamu menghakimkan mereka berlakulah adil dan seksama. Sesungguhnya Allah Amat Mencintai orang orang yang keseksamaan.

[5:43] Kenapa mesti mereka meminta supaya kamu menghakimkan diantara mereka, sedangkan mereka mempunyai Taurat, yang mengandungi hukum hukum Allah, yang mereka sendiri memilih untuk tidak mempedulikannya? Mereka bukanlah orang orang yang percaya.

Memuliakan Kitab yang Terdahulu.

[5:44] Kami telah turunkan Taurat, yang mengandungi petunjuk dan penerangan. Dengan mengikuti perintah yang berterusan dari para nabi dari orang Yahudi, dan juga dari rabai rabai dan padri padri mereka, yang telah diimlakkan kepada mereka dari kitab Allah, dan mereka telah mempersaksikannya. Dari itu, jangan menyanjungi manusia; bahkan sanjungilah Aku. Dan janganlah sekali kali kamu memperniagakan revelasi revelasiKu dengan harga yang murah. Sesiapa yang tidak mengikuti perintah yang telah disejajarkan dengan revelasi revelasi Allah maka merekalah orang orang yang ingkar.

Undang Undang Persamaan.

[5:45] Dan kami mendekrikan didalamnya: nyawa dibalas dengan nyawa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan persamaan luka dengan sebarang luka. Jika seorang dapat disitakan apa yang diperuntukkan kepadanya itu untuk didermakan, maka itu akan dapat menebuskan dosa dosanya. Sesiapa yang tidak menjalankan perintah yang disejajarkan dengan revelasi revelasi Allah tidaklah adil.

Injil Kepada Isa: Petunjuk Dan Cahaya

[5:46] Selepas itu, kami hantarkan Isa anak Maryam kepada mereka, mengesahkan kitab sebelumnya, Taurat. Kami berikan kepadanya Injil, yang mengandungi garis panduan dan penerangan, juga mengesahkan kitab yang dahulu, Taurat, dan memberikan tambahan dengan petunjuk dan keterangan, juga untuk memberikan kesedaran kepada orang orang yang benar.

[5:47] Orang orang yang mengikuti kitab Injil mestilah mengikut peraturan yang sejajar dengan revelasi revelasi Allah yang termaktub didalamnya. Sesiapa yang tidak mengikuti peraturan yang diselaraskan dengan revelasi revelasi Allah maka adalah mereka itu orang orang yang zalim.

Quran: Rujukan Yang Terakhir.

[5:48] Dan kami telah memaklumkan kepada kamu dengan kitab ini, yang penuh dengan kebenaran, mengesahkan kitab kitab sebelumnya, yang telah digantikannya dengan yang ada sekarang. Kamu mestilah mengikuti peraturan yang diselaraskan dengan revelasi revelasi Allah, dan janganlah mengikuti kehendak mereka jikalau mereka mempunyai berlainan pendapat, berkenaan kebenaran yang telah datang kepada kamu.Tiap tiap satu diantara kamu, kami telah memberikan undang undang dan rukun yang berlainan. Jika Allah menghendakinya Dia boleh menjadikan kamu semua satu perhimpunan yang sama.Tetapi Dia telah menjadikan itu satu ujian kepada kamu melalui revelasi revelasi yang telah diberikan kepada setiap diantara kamu. Kamu mesti berlumba lumba dalam melakukan kebaikan. Kepada Allah sahajalah destini kamu yang terakhir ? kesemuanya kamu - dan Dia akan memberitahukan kepada kamu akan segala apa yang kamu telah pertikaikan.

[5:49] Kamu mestilah menunjukkan kepada mereka dengan menurut revelasi revelasi Allah yang telah diturunkan kepada kamu. Jangan sekali kamu mengikuti kehendak mereka, dan berrhati hati terhadap mereka supaya mereka tidak dapat melencongkan kamu dari beberapa revelasi revelasi Allah yang telah diturunkan kepada kamu. Jika mereka berpaling, dan ketahuilah hanya dengan kehendak Allah jua dihukumkannya sesetengah dari dosa yang mereka telah lakukan, Sesungguhnya, kebanyakkan dari mereka itulah yang zalim.

[5:50] Adakah mereka mahu mengamalkan undang undang dimasa jahiliah dahulu? Undang undang siapakah yang lebih baik daripada Allah bagi orang orang yang telah mendapat keyakinan?.

Ada Di-Antara Yahudi Dan Nasrani Tidak Boleh Dijadikan Kawan.

[5:51] Wahai orang orang yang percaya, jangan mengambil sesetengah Yahudi dan Nasrani untuk menjalinkan perhubungan berikatan dengan mereka; mereka itulah pihak berikatan diantara satu dan lainnya. Sesiapa diantara kamu yang membuat demikian dengan mereka, maka adalah kamu menjadi sebahagian dari mereka. Allah tidak akan membimbing orang orang yang melampaui batas.

[5:52] Kamu akan melihat orang orang yang menyimpankan perasaan keraguan dihati mereka itu bersegera untuk bersama dengan mereka, dan berkata, "Kami takut kita akan dikalahkan." Semoga Allah memberikan kemenangan, ataupun perintah dariNya, itu akan membuatkan mereka menyesal kerana merahsiakan niat mereka.

[5:53] Orang orang yang percaya akan mengatakan, "Adakah ini orangnya yang bersumpah dengan seriusnya kepada Allah yang mereka itu bersama kamu?" Amalan mereka telah terbatal; merekalah orang orang yang rugi.

[5:54] Wahai orang orang yang percaya, jika kamu berbalik dari agama kamu, maka Allah akan menggantikan tempat kamu dengan orang lain, kepada manusia yang Dia cintai dan menyintaiNya. Mereka akan berlaku baik kepada orang orang yang percaya, dan bersifat tegas kepada orang orang yang ingkar, dan sedia berjuang kejalan Allah dengan tidak merasakan takut dari tuduhan. Demikianlah rahmat Allah; Dia mengurniakannya dengan sesiapa juga yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Luas KekuasaanNya lagi Maha Mengetahui akan segala galanya.

[5:55] Berikatan yang sebenarnya bagi kamu adalah Allah dan rasulNya, dan orang orang yang percaya yang Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan yang memberikan derma yang diwajibkan (Zakat), dan juga mereka yang tunduk.

[5:56] Sesiapa yang berikatan diri mereka dengan Allah dan rasulNya, dan juga dengan orang orang yang percaya, maka mereka telah berada didalam parti Allah. Sesungguhnya, merekalah orang orang yang berjaya.

Yang Mana Yahudi Dan Nasrani.

[5:57] Wahai orang orang yang percaya, jangan kamu berkawan dengan penerima kitab yang terdahulu yang mempersenda dan mengejekkan agama kamu, dan jangan juga kamu berkawan dengan orang orang yang ingkar. Kamu mesti memuliakan Allah kalau kamu benar benar orang orang yang percaya.

Penerima Kitab Yang Melampaui Batas.

[5:58] Apabila kamu memanggil mereka untuk Mengerjakan Sembahyang (Salat). Mereka mempersendakan dan juga mengejek ngejekkannya. Ini kerana mereka adalah orang orang yang tidak mengerti.

[5:59] Katakan, "Wahai manusia yang mengikut kitab, tidakkah kamu membenci kami kerana kami mempercayai Allah, dan apa yang telah diturunkan kepada kami, dan apa yang telah diturunkan sebelum kami dan kerana kebanyakan dari kamu yang tidak benar?"

[5:60] Katakan, "Biarlah aku memberitahukan kepada kamu siapakah yang paling buruk disisi Allah: mereka yang dikutuki Allah setelah mendapat kemurkaanNya dengan menjadikan mereka (yang berperangai seperti) monyet dan babi dan juga orang orang yang menyekutukan (Allah). Inilah yang paling jahat dan yang paling jauh dari mendapatkan petunjuk yang lurus."

[5:61] Apabila mereka datang kepada kamu, mereka berkata, "Kami percaya," walaupun mereka itu mengingkarkannya bila saja mereka masuk kedalam, dan manakala mereka keluar dari situ pun penuh dengan keingkaran. Sesungguhnya Allah Amat Perihatin dengan apa yang mereka rahsiakannya.

[5:62] Kamu akan melihat ramai diantara mereka yang bersedia membuat kemungkaran dengan melakukan segala macam kejahatan, dengan memakan hasil dari pekerjaan yang haram. Azab sungguh apa yang mereka telah usahakan

[5:63] Jika hanya rabbai rabbai dan padri padri menyuruh mereka dengan perkataan perkataan keji dan memakan hasil dari pekerjaan yang haram! Maka sungguhlah amat dikutuk dengan apa yang telah mereka komitkan.

Kekufuran Terhadap Allah.

[5:64] Orang orang Yahudi malahan berkata, "Tangan Allah telah terikat!" Bahkan tangan tangan mereka yang terikat. Mereka telah dikutuk kerana perkataan kufur yang dilafazkan. Sebaliknya, tangan tanganNya yang terbuka luas, mengeluarkan apa sahaja yang dikehendakNya.Tentu sekali revelasi revelasi yang Allah berikan kepada kamu telah menjadikan mereka terjerumus jauh kedalam kemungkaran dan keingkaran. Akibatnya kami telah komitkan mereka dengan kemarahan dan kebencian diantara mereka sampai keHari Kebangkitan. Apabila saja mereka menyalakan api peperangan, Allah menghilangkannya. Mereka menjelajah dimuka bumi ini dengan zalimnya, sesungguhnya Allah Amat Membenci kepada orang orang yang zalim.

Keselamatan Untuk Yahudi Dan Nasrani.

[5:65] Jika hanya pengikut pengikut kitab mempercayainya dan menjalani kehidupan yang baik, kami akan mengampunkan dosa dosa mereka, dan memasukkan mereka ditaman yang penuh dengan kebahagiaan.

Mereka Mestilah Mempercayai Quran Ini.

[5:66] Jika hanya mereka memegang Taurat dan Injil, dan apa yang telah diturunkan didalam ini dari Tuhan mereka, mereka akan mendapatkan kurniaan rahmat diatas dan dibawah kaki kaki mereka. Ada diantara mereka yang takwah dan kebanyakan dari mereka yang zalim.

Rasul Mesti Menyampaikan.

[5:67] Wahai rasul, sampaikanlah apa yang telah beritakan kepada kamu dari Tuhan kamu ? sampai kamu lakukan, kamu belum sampaikan perutusanNya ? dan Allah akan melindungi kamu dari manusia. Sesungguhnya Allah tidak akan membimbing orang orang yang ingkar.

[5:68] Katakan, "Wahai orang orang kitab, kamu tidak mempunyai asas melainkan hanya kalau kamu mendukung Taurat, dan Injil, dan apa yang telah diturunkan kepada kamu didalam ini dari Tuhan kamu." Tentu sekali, ini adalah revelasi revelasi dari Tuhan kamu yang akan menjadikan mereka terjerumus jauh kedalam kekufuran dan keingkaran. Dari itu, jangan kamu merasa sedih terhadap orang orang yang ingkar.

Minimum Keperluan Untuk Keselamatan.

[5:69] Sudah tentu, sesiapa yang percaya, mereka adalah Yahudi, sabiian (mualaf) dan juga Nasrani; kesemuanya mereka yang (1) percaya kepada Allah (2) percaya kepada Akhirat (3) dan menjalani kehidupan yang lurus, tidak apa yang perlu ditakutkan dan tidak perlu juga bersedih.

[5:70] Kami telah mengambil perjanjian kepada bani Israil, dan kami hantarkan kepada mereka para rasul. Apabila saja rasul datang kepada mereka dengan apa yang mereka tidak sukakan, ada yang mereka mengingkarinya dan ada pula yang mereka bunuh.

[5:71] Mereka berfikir yang mereka itu tidak akan dicuba, lantaran itu mereka berpaling seperti orang buta dan pekak, dan Allah mengampuni mereka, malahan banyak lagi diantara mereka yang membisu dan memekakkan diri. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang mereka lakukan.

Kristianiti (Nasrani) Bukanlah Dari Agama Isa.

[5:72] Jahil sungguh mereka yang berkata Allah itu Al-Masih, anak kepada Maryam. Al-Masih sendiri berkata, "Wahai Bani Israil, kamu mestilah sembah Allah; Tuhanku dan Tuhan kamu." Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang disekutukannya dengan Allah, Allah telah mengharamkan syurga untuk mereka, dan destininya adalah Neraka. Orang orang yang zalim itu tidak akan mendapatkan pertolongan.

[5:73] Jahil sungguh mereka yang mengatakan Allah adalah ketiga dari triniti. Tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan yang satu. Melainkan jika mereka berhenti dari mengatakan sedemikian, sesiapa yang ingkar diantara mereka akan mendapat azab yang pedih.

[5:74] Tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah, dan memintakan pengampunan dariNya? Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[5:75] Al-Masih anak Maryam, tidak lain dia hanyalah rasul seperti para rasul sebelumnya, dan ibunya adalah wali. Kedua dua mereka itu memakan makanan. Lihatlah bagaimana kami menerangkan revelasi revelasi kami kepada mereka, dan lihatlah bagaimana mereka masih juga menyimpang!

[5:76] Katakan, "Adakah kamu menyembah sesuatu selain dari Allah yang tidak ada kekuasaan langsung untuk menyakiti kamu ataupun memberikan kebaikan kepada kamu.? Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Berhati Hati Apabila Memilih Kawan.

[5:77] Katakan, "Wahai orang orang kitab, janganlah kamu melampaui batas berkenaan agama kamu dengan melebihi dari kebenaran dan jangan kamu mengikutkan pendapat pendapat dari manusia yang telah tersesat jauh, yang telah menyesatkan berganda ramainya manusia; mereka telah tersesat jauh dari jalan yang benar."

[5:78] Kutukan bagi mereka yang ingkar diantara Bani Israil, dari lisan Daud dan Isa, anak Maryam. Ini kerana mereka tidak ta'at dan melampaui batas.

Apati Di-Kutuk.

[5:79] Mereka tidak menasihatkan satu sama lainnya suapaya jangan mengkomit kemungkaran. Sengsara sungguh dari apa yang telah mereka lakukan.

[5:80] Kamu akan melihat ramai diantara mereka yang berpihak berikatan dengan orang orang yang ingkar. Sengsara sungguh apa yang tangan tangan mereka yang membawakan kerugian bagi pihak roh roh mereka. Allah sangat memurkai mereka, akibatnya, azab yang mereka terima akan berkekalan untuk selama lamanya.

[5:81] Sekiranya mereka percaya kepada Allah, dan nabi, dan apa yang telah diturunkan kepada dia didalam ini, mereka tidak akan mahu berkawan dengan mereka. Sesungguhnya kebanyakan mereka itu adalah zalim.

Fakta Fakta Yang Benar.

[5:82] Kamu akan mendapati musuh yang paling buruk sekali bagi orang orang yang percaya ialah orang orangYahudi dan orang orang yang menyekutukan (Allah). Dan akan kamu ketahui manusia yang paling dekat didalam persahabatan dengan orang orang yang percaya adalah mereka yang mengatakan, "Kami adalah Kristian (Nasrani)." Ini oleh kerana mereka mempunyai padri padri dan rahib rahib diantara mereka, dan mereka tidaklah menyombongkan diri. _

[5:83] Apabila mereka mendengar apa yang telah disampaikan oleh rasul, kamu akan melihat mata mata mereka penuh dengan air mata kerana mereka telah mengenal akan kebenarannya, dan mereka berkata, "Tuhan kami, kami telah percaya, lantaran itu jadikanlah kami diantara saksi saksi.

[5:84] "Mengapa mesti kami tidak mahu percaya kepada Allah, dan kebenaran yang telah sampai kepada kami, dan berharap agar Tuhan kami akan memasukkan kami bersama sama dengan manusia yang benar?.

[5:85] Allah telah memberikan ganjaran kepada mereka dengan perkataan yang sedemikian; Dia akan memasukkan mereka didalam taman taman yang air sungai sungainya mengalir. Itulah ganjaran bagi orang orang yang benar.

[5:86] Bagi sesiapa yang ingkar dan mengingkari akan revelasi revelasi kami, mereka itulah penghuni Neraka.

Jangan Mengharamkan Barang Barang Yang Halal.

[5:87] Wahai orang orang yang percaya, jangan kamu mengharamkan barang barang yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah, dan janganlah berketerlaluan; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang melampaui batas.

[5:88] Dan makanlah dari yang baik dan barang yang dihalalkan yang Allah telah mengadakannya untuk kamu. Kamu mesti memuliakan Allah, keranaNyalah maka kamu menjadi orang orang yang percaya.

Jangan Ambil Nama Allah untuk Di-Sia Siakan.

[5:89] Allah tidak akan menjadikan tanggungjawab dengan sumpahan yang cuma digunakan dalam percakapan kamu sahaja; Dia akan menjadikannya tanggungjawab diatas apa yang kamu niatkan. Jika kamu melanggar sumpahan kamu, kamu mestilah menebusnya dengan memberikan makan kepada sepuluh orang miskin dari makanan yang sama kamu berikan kepada keluarga kamu, ataupun berikan mereka pakaian, ataupun membebaskan hamba. Jika kamu tidak ada kemampuan, maka kamu mestilah berpuasa tiga hari. Ini adalah satu penebusan kerana melanggar sumpah yang kamu telah berjanji untuk menyimpannya. Kamu mesti penuhi sumpah kamu. Allah telah menerangkan revelasi revelasiNya kepada kamu, supaya kamu dapat bersyukur.

Segala Yang Memabukkan Dan Perjudian Di-Haramkan.

[5:90] Wahai orang orang yang percaya, minuman keras, perjudian, berhala berhala diatas altar dan permainan dengan bertaruhan nasib, ini semua adalah perbuatan keji dari syaitan; kamu mestilah menjauhkan diri darinya, supaya kamu beroleh kejayaan.

[5:91] Syaitan cuba menggalakkan kamu dengan kemarahan dan kebencian diantara kamu melalui minum keras dan juga perjudian, dan supaya dapat melupakan kamu dari mengingati Allah, dan Mengerjakan Sembahyang (Salat). Dapatkah kamu menahan diri?

[5:92] Kamu mestilah patuh kepada Allah, dan kamu mesti juga mematuhi rasul, dan berwaspadalah. Jika kamu berpaling, maka kamu mesti ketahui bahwa kewajiban yang pertama bagi rasul kami hanyalah untuk menyampaikan mesej dengan cekap.

[5:93] Mereka yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, tidaklah bersalah dengan memakan sebarang makanan, asalkan mereka mematuhi segala perintah, dan percaya serta mengamalkan kehidupan yang lurus, dan tetap memelihara keta'atan dan keimanan, dan sentiasa berterusan dalam ketakwahan dengan bertindak sewajarnya. Sesungguhnya Allah Amat Mencintai orang orang yang benar. Konservasi Permainan.

Konservasi Satwa

[5:94] Wahai orang orang yang percaya, Allah akan menduga kamu dengan beberapa permainan yang dengannya dapat mencapaikan tangan kamu dengan anak anak panah kamu (semasa Ibadah Haji). Allah lantas membezakan yang mana diantara kamu yang mengingati Dia didalam kebersendirian. Mereka yang keterlaluan sesudah ini akan mendapat balasan yang pedih.

[5:95] Wahai orang orang yang percaya, janganlah kamu pertarungan dengan membunuh dalam sebarang permainan dimasa menjalani Ibadah Haji. Sesiapa dengan sengajanya membunuh didalam permainan, dendanya mestilah dengan seekor binatang ternakan yang bersamaan dengan binatang yang dibunuh. Penghakimnya mestilah dari dua orang yang yang adil diantara kamu. Mereka mesti betul betul yakin yang kurbannya itu sampai diKa'bah. Kalau tidak, dia mesti menggantikannya dengan memberikan makan kepada orang miskin, ataupun dia mesti berpuasa seimbang untuk menebuskan kesalahannya. Allah telah mengampuni dosa dosa yang lalu. Jika sesiapa yang kembali semula dengan kesalahan yang sama, Allah akan membalasnya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Penuntut bela.

Semua Haiwan Haiwan Di-Dalam Laut Halal Untuk Di-Makan.

[5:96] Semua ikan ikan dilaut adalah halal untuk kamu memakannya. Semasa menunaikan Ibadah Haji, ini adalah persedian untuk kamu dimasa perjalanan. Kamu tidak semestinya berburu dimasa mengerjakan Ibadah Haji. Kamu mestilah menghormati Allah, kerana kesemuanya kamu kelak akan dikumpulkan.

[5:97] Allah telah menjadikan Ka'bah, dan Masjid Suci, untuk dijadikan tempat yang suci bagi sekelian manusia, dan begitu juga dengan bulan-bulan yang Suci, persembahan (diMasjid Suci) dan kalungan yang ditandakan kepada binatang- binatang untuk persembahan. Kamu mestilah mengetahui bahawa Alah tahu segala apa yang berada disekelian cekrawala dan dibumi, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

[5:98] Ketahuilah yang Allah amat keras dalam menjalankan hukuman, dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[5:99] Kewajiban rasul hanya menyampaikan mesej, dan Allah Amat Ketahui segala apa yang kamu nyatakan dan juga apa yang kamu rahsiakan.

[5:100] Umumkanlah: "Yang buruk dan yang baik tidaklah sama, walau sekalipun banyaknya keburukkan itu menjadikan kamu tertarik dengannya. Kamu mesti mengingati Allah, (biarpun hanya sebilangan kecil diantara kamu) wahai kaum intelektual, supaya kamu mendapat kejayaan.

[5:101] Wahai orang orang yang percaya, jangan kamu menanyakan sesuatu perkara yang, jika diterangkan kepada kamu dengan terlalu awal, akan menyakiti kamu. Jika kamu menanyakan mereka dengan penerangan dari Quran, ini akan menjadikan jelas kepada kamu. Allah dengan sengajanya telah memperlihatkan kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

[5:102] Yang lainnya dari kamu telah menanyakan soalan yang sama, lantas Mengingkarkannya disitu juga.

[5:103] Allah tidak mengharamkan binatang ternakan yang mempunyai percampuran jantinanya, dan tidak juga binatang yang bebas dengan sumpah, tidak juga dengan satu yang mendapatkan dua ekor jantan yang berderet, tidak juga lembu jantan yang berbapakan sepuluh. Itu semua adalah dari orang orang yang ingkar yang mereka-rekakan pembohongan terhadap Allah. Kebanyakkan daripada mereka itulah yang tidak mengerti.

Jangan Mengikut Agama Ibu Bapa Ibu Bapa Dengan Membuta Tuli.

[5:104] Apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah ikuti apa yang Allah telah terangkan dan ikutilah rasul," mereka berkata, "Apa yang kami dapati ibu bapa ibi bapa kami amalkan itu cukuplah bagi kami." Apa akan jadi sekiranya ibu bapa ibu bapa mereka tidak mengetahui suatu apapun dan tidak mendapat petunjuk?

[5:105] Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah risaukan diri kamu sendiri. Jika yang lainnya menuju kesesatan, mereka tidak akan dapat menyakiti kamu, selagi kamu mendapat bimbingan. Kepada Allah sahajalah destini yang terakhir, dan Dia akan memberitahukan segala apa yang telah kamu lakukan.

Menyaksikan Wasiat.

[5:106] Wahai orang orang yang percaya, untuk menyaksikan wasiat apabila seorang dari kamu hampir mati mesti dilakukan oleh dua orang yang adil diantara kamu. Jika kamu didalam perjalanan, kedua yang lain bolehlah bersaksikannya. Selepas Mengerjakan Sembahyang (Salat), maka keduanya bolehlah bersumpah kepada Allah, supaya dapat meringankan keraguan kamu: "Kami tidak akan menggunakan ini untuk mendapatkan keuntungan secara peribadi, walaupun pewasiatnya masih saudara kepada kami. Dan tidak juga akan kami sembunyikan testimoni dari Allah. Jika tidak, sudah tentu kami akan menjadi orang orang yang berdosa."

[5:107] Jika saksi saksi itu telah didapati bersalah ataupun berat sebelah, dan kedua lainnya mestilah digantikan ditempat mereka. Pilihlah dua orang yang telah dijadikan mangsa oleh pesaksi yang pertama, dan suruhlah mereka bersumpah kepada Allah: "Testimoni kami lebih benar dari mereka; kami tidak akan menjadikan diri diri kami berat sebelah jika tidak, kami adalah dari orang orang yang melampaui batas.

[5:108] Ini lebih lagi sesuai untuk menggalakkan testimoni yang jujur dipihak mereka, kerana takuti kelak yang mereka tidak akan mengendahkan sumpah seperti pesaksi yang pertama. Kamu mestilah mengingati Allah dan dengarkan. Sesungguhnya Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.

Para Rasul Yang Telah Wafat Tidak Tahu Apa Yang Terjadi.

[5:109] Akan datang pada hari dimana Allah akan memanggil para rasul kesemuanya untuk ditanyakan kepada mereka, "Bagaimanakah respons mereka kepada kamu?" Mereka akan berkata, "Kami tidak ada pengetahuan. Engkau sahajalah yang mengetahui segala rahsia."

[5:110] Allah akan berkata, "Wahai Isa anak Maryam, ingatlah rahmatKu kepadamu dan juga ibumu. Aku membantu engkau dengan Roh Suci, dan membenarkan engkau bercakap dengan manusia didalam buaian, sehinggalah engkau dewasa. Aku mengajarkan engkau berkenaan kitab, kebijaksanaan, tentang Taurat dan Injil. Ingatlah yang engkau membuat burung dari tanah liat dengan izinKu, dan meniup dengannya lantas menjadikannya seekor burung yang bernyawa dengan izinKu. Engkau pulihkan orang yang buta juga penyakit kusta dengan izinKu dan menghidupkan semula orang yang mati dengan keizinanKu. Ingatlah yang Aku telah melindungimu dari bani Israil yang mahu menyakitimu, walaupun mukjizat mukjizat yang penuh dengan pengetahuan yang telah engkau tunjukkan kepada mereka. Orang orang yang ingkar diantara mereka berkata, 'Ini adalah magik yang nyata.'

[5:111] "Ingatlah yang Aku telah menginspirasikan kepada pengikutmu: 'Kamu mesti mempercayai Aku dan rasulKu.' Mereka berkata, 'Kami telah percaya, dan menjadi saksi yang kami adalah orang orang yang menyerahkan diri diri kami sepenuhnya (kepadaMu).' "

Hidangan.

[5:112] Ingatlah pengikut pengikutnya berkata, "Wahai Isa, anak Maryam, apa bolehkah Tuhan kamu turunkan kepada kami hidangan dari langit?" Dia berkata, "Kamu mestilah menghormati Allah, jika sebenarnya kamu adalah orang orang yang percaya."

[5:113] Mereka berkata, "Kami ingin memakan darinya, dan untuk meyakinkan hati hati kami, dan untuk meyakinkan dengan sebenarnya yang engkau telah berkata kepada kami dengan kebenaran. Kami akan mengabdikan diri diri kami sebagai saksi saksi dengannya."

Besarnya Mukjizat Mukjizat Akan Membawa Kepada Tanggungjawab Yang Besar.

[5:114] Berkata Isa anak Maryam, "Ya allah,Tuhan kami, hantarkan untuk kami hidangan dari langit. Jadikan banyak untuk satu dan kesemuanya diantara kami, dan jadikanlah ini satu tanda dari Engkau. Berikanlah kepada kami; Sesungguhnya Engkau sahajalah Pemberi rezeki yang terbaik."

[5:115] Allah berkata, "Aku akan menghantarkannya kebawah. Sesiapa sahaja diantara kamu yang ingkar selepas ini, Akan Aku menghukumnya sebagaimana yang tidak pernah Aku menghukumkan sesiapa jua pun."

Di-Hari Kebangkitan.

[5:116] Allah akan berkata, "Wahai Isa anak Maryam, adakah engkau berkata kepada manusia, 'Jadikan aku dan ibuku sekutu disamping Allah?' Dia akan menjawab, "Segala kepujian bagiMu. Aku tidak boleh mengatakan apa yang tidak benar. Kalaulah aku mengatakan demikian, tentu sekali Engkau telah mengetahuinya. Engkau tahu apa yang aku fikirkan, sedangkan aku tidak ketahui apa yang engkau fikirkan. Sesungguhnya Engkau yang tahu akan segala rahsia.

[5:117] "Aku mengatakan kepada mereka hanya apa yang Engkau memerintahkan aku untuk mengatakannya: 'Kamu mesti menyembah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu.' Aku adalah saksi kepada mereka selagi aku masih hidup bersama mereka. Apabila Engkau tamatkan riwayatku didunia ini, Engkau menjadi Pemerhati kepada mereka. Sesungguhnya Engkau sahajalah yang menyaksikan segala sesuatu.

[5:118] "Jika Engkau menghukum mereka, mereka adalah hamba hambaMu. Jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkau sahajalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana."

[5:119] Allah akan mengishtiharkan, "Inilah harinya apabila kebenaran akan dipelihara dengan sebaik baik kebenaran dari mereka." Mereka telah berkelayakan untuk berada didalam taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir. Mereka akan berada disana buat selama lamanya. Allah menjemput mereka dengan penuh kegembiraan, dan mereka merasakan keseronokkan yang penuh dengan nikmat yang amat sangat disampingNya. Ini adalah kemenangan yang paling besar.

[5:120] Kepada Allah sahaja semua kedaulatan yang berada disekelian cekrawala dan bumi, dan segala gala didalamnya, dan sesungguhnya Dia Maha Berkuasa.