Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:8 — Hidangan (Al-Maedah)

Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah benar benar berlaku adil, dan mengingati Allah, apabila kamu telah dipilih untuk menjadi saksi. Janganlah menjadikan konflik diantara kamu membuatkan kamu membiarkan diri kamu terjerumus didalam melakukan ketidak adilan. Kamu mestilah benar benar berlaku adil, kerana itu lebih lagi kebaikannya. Kamu mesti mengingati Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perihatin dengan segala apa yang kamu lakukan.

[5:7] Ingatlah rahmat Allah kepada kamu, dengan perjanjianNya dan Dia membuat perjanjian dengan kamu: kamu berkata, "Kami dengar dan kami ta'at." Kamu mestilah mengingati Allah; sesungguhnya Allah amat mengetahui segala apa yang kamu niatkan.

[5:9] Allah menjanjikan kepada mereka yang percaya dan yang menjalani kehidupan yang lurus akan mendapat pengampunan dan juga ganjaran yang besar.