Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:7 — Hidangan (Al-Maedah)

Ingatlah rahmat Allah kepada kamu, dengan perjanjianNya dan Dia membuat perjanjian dengan kamu: kamu berkata, "Kami dengar dan kami ta'at." Kamu mestilah mengingati Allah; sesungguhnya Allah amat mengetahui segala apa yang kamu niatkan.

[5:6] Wahai orang orang yang percaya, apabila kamu hendak Mengerjakan Sembahyang (Salat), kamu mestilah: (1). Basuh muka muka kamu, (2). Basuh kedua tangan tangan kamu sampai kesiku, (3) sapu kepala kepala kamu, dan (4) basuh kaki kaki kamu sampai kebuku lali. Jika kamu belum bersih oleh kerana mengadakan perhubungan sek, kamu mestilah mandi. Jikalau kamu sakit, ataupun dalam perjalanan, ataupun mengalami ketidak keselesaan kerana (buang air kecil dan air besar atau mengeluarkan angin perut), ataupun mengadakan (sek) dengan membuat perhubungan dengan perempuan, dan kamu tidak mendapatkan air, kamu mesti mengerjakan pengambilan wudu' kering (Tayammum) dengan menyentuhkan kedua tapak tangan ketanah kering yang bersih lalu disapukan kemuka dan kedua tangan kamu. Allah tidak sekali menjadikan agama susah untuk kamu; Dia ingin menyucikan kamu dan memenuhkan rahmatNya kepada kamu, supaya kamu dapat mensyukurinya.

[5:8] Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah benar benar berlaku adil, dan mengingati Allah, apabila kamu telah dipilih untuk menjadi saksi. Janganlah menjadikan konflik diantara kamu membuatkan kamu membiarkan diri kamu terjerumus didalam melakukan ketidak adilan. Kamu mestilah benar benar berlaku adil, kerana itu lebih lagi kebaikannya. Kamu mesti mengingati Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perihatin dengan segala apa yang kamu lakukan.