Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:6 — Hidangan (Al-Maedah)

Wahai orang orang yang percaya, apabila kamu hendak Mengerjakan Sembahyang (Salat), kamu mestilah: (1). Basuh muka muka kamu, (2). Basuh kedua tangan tangan kamu sampai kesiku, (3) sapu kepala kepala kamu, dan (4) basuh kaki kaki kamu sampai kebuku lali. Jika kamu belum bersih oleh kerana mengadakan perhubungan sek, kamu mestilah mandi. Jikalau kamu sakit, ataupun dalam perjalanan, ataupun mengalami ketidak keselesaan kerana (buang air kecil dan air besar atau mengeluarkan angin perut), ataupun mengadakan (sek) dengan membuat perhubungan dengan perempuan, dan kamu tidak mendapatkan air, kamu mesti mengerjakan pengambilan wudu' kering (Tayammum) dengan menyentuhkan kedua tapak tangan ketanah kering yang bersih lalu disapukan kemuka dan kedua tangan kamu. Allah tidak sekali menjadikan agama susah untuk kamu; Dia ingin menyucikan kamu dan memenuhkan rahmatNya kepada kamu, supaya kamu dapat mensyukurinya.

[5:5] Sekarang semua makanan yang baik telah dijadikan halal untuk kamu. Makanan orang orang kitab adalah halal untuk kamu.* dan juga makanan kamu adalah halal untuk mereka. Juga kamu boleh mengahwini perempuan yang suci diantara orang orang yang percaya, dan juga perempuan yang suci diantara pengikut kitab yang dahulu jika kamu membayar mas kawin mereka. Kamu mesti menjaga kesucian diri, dengan tidak berzina dan mempunyai perhubungan sulit. Sesiapa yang mengingkari kepercayaan selepas meyakininya, semua kebaktiannya akan lenyap begitu sahaja, dan diHari Akhirat kelak dia akan menjadi orang orang yang rugi.

[5:7] Ingatlah rahmat Allah kepada kamu, dengan perjanjianNya dan Dia membuat perjanjian dengan kamu: kamu berkata, "Kami dengar dan kami ta'at." Kamu mestilah mengingati Allah; sesungguhnya Allah amat mengetahui segala apa yang kamu niatkan.