Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:47 — Hidangan (Al-Maedah)

Orang orang yang mengikuti kitab Injil mestilah mengikut peraturan yang sejajar dengan revelasi revelasi Allah yang termaktub didalamnya. Sesiapa yang tidak mengikuti peraturan yang diselaraskan dengan revelasi revelasi Allah maka adalah mereka itu orang orang yang zalim.

[5:46] Selepas itu, kami hantarkan Isa anak Maryam kepada mereka, mengesahkan kitab sebelumnya, Taurat. Kami berikan kepadanya Injil, yang mengandungi garis panduan dan penerangan, juga mengesahkan kitab yang dahulu, Taurat, dan memberikan tambahan dengan petunjuk dan keterangan, juga untuk memberikan kesedaran kepada orang orang yang benar.

[5:48] Dan kami telah memaklumkan kepada kamu dengan kitab ini, yang penuh dengan kebenaran, mengesahkan kitab kitab sebelumnya, yang telah digantikannya dengan yang ada sekarang. Kamu mestilah mengikuti peraturan yang diselaraskan dengan revelasi revelasi Allah, dan janganlah mengikuti kehendak mereka jikalau mereka mempunyai berlainan pendapat, berkenaan kebenaran yang telah datang kepada kamu.Tiap tiap satu diantara kamu, kami telah memberikan undang undang dan rukun yang berlainan. Jika Allah menghendakinya Dia boleh menjadikan kamu semua satu perhimpunan yang sama.Tetapi Dia telah menjadikan itu satu ujian kepada kamu melalui revelasi revelasi yang telah diberikan kepada setiap diantara kamu. Kamu mesti berlumba lumba dalam melakukan kebaikan. Kepada Allah sahajalah destini kamu yang terakhir ? kesemuanya kamu - dan Dia akan memberitahukan kepada kamu akan segala apa yang kamu telah pertikaikan.