Al-Quran 5:46 — Hidangan (Al-Maedah)
Selepas itu, kami hantarkan Isa anak Maryam kepada mereka, mengesahkan kitab sebelumnya, Taurat. Kami berikan kepadanya Injil, yang mengandungi garis panduan dan penerangan, juga mengesahkan kitab yang dahulu, Taurat, dan memberikan tambahan dengan petunjuk dan keterangan, juga untuk memberikan kesedaran kepada orang orang yang benar.
[5:45] Dan kami mendekrikan didalamnya: nyawa dibalas dengan nyawa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan persamaan luka dengan sebarang luka. Jika seorang dapat disitakan apa yang diperuntukkan kepadanya itu untuk didermakan, maka itu akan dapat menebuskan dosa dosanya. Sesiapa yang tidak menjalankan perintah yang disejajarkan dengan revelasi revelasi Allah tidaklah adil.
[5:47] Orang orang yang mengikuti kitab Injil mestilah mengikut peraturan yang sejajar dengan revelasi revelasi Allah yang termaktub didalamnya. Sesiapa yang tidak mengikuti peraturan yang diselaraskan dengan revelasi revelasi Allah maka adalah mereka itu orang orang yang zalim.