Al-Quran 5:45 — Hidangan (Al-Maedah)
Dan kami mendekrikan didalamnya: nyawa dibalas dengan nyawa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan persamaan luka dengan sebarang luka. Jika seorang dapat disitakan apa yang diperuntukkan kepadanya itu untuk didermakan, maka itu akan dapat menebuskan dosa dosanya. Sesiapa yang tidak menjalankan perintah yang disejajarkan dengan revelasi revelasi Allah tidaklah adil.
[5:44] Kami telah turunkan Taurat, yang mengandungi petunjuk dan penerangan. Dengan mengikuti perintah yang berterusan dari para nabi dari orang Yahudi, dan juga dari rabai rabai dan padri padri mereka, yang telah diimlakkan kepada mereka dari kitab Allah, dan mereka telah mempersaksikannya. Dari itu, jangan menyanjungi manusia; bahkan sanjungilah Aku. Dan janganlah sekali kali kamu memperniagakan revelasi revelasiKu dengan harga yang murah. Sesiapa yang tidak mengikuti perintah yang telah disejajarkan dengan revelasi revelasi Allah maka merekalah orang orang yang ingkar.
[5:46] Selepas itu, kami hantarkan Isa anak Maryam kepada mereka, mengesahkan kitab sebelumnya, Taurat. Kami berikan kepadanya Injil, yang mengandungi garis panduan dan penerangan, juga mengesahkan kitab yang dahulu, Taurat, dan memberikan tambahan dengan petunjuk dan keterangan, juga untuk memberikan kesedaran kepada orang orang yang benar.