Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:31 — Hidangan (Al-Maedah)

Maka Allah pun menghantarkan burung gagak untuk mengaiskan tanah supaya dapat mengajarkannya bagaimana cara untuk menanamkan mayat saudaranya. Dia berkata, "Celakalah aku kerana telah gagal untuk menjadikan diriku sepintar burung gagak ini, dan supaya dapat aku tanamkan mayat saudaraku ini." Dia menjadi tidak karuan kerana diselubungi oleh penyesalan.

[5:30] Egonya telah menggalakkan dia dengan membunuh saudaranya. Dia membunuh saudaranya, maka akhirnya menjadikan dirinya dikalangan orang orang yang rugi.

[5:32] Oleh kerana itu, kami mendekrikan untuk Bani Israil, bagi sesiapa yang membunuh seseorang yang tidak melakukan pembunuhan ataupun yang tidak melakukan jenayah yang dahsyat, maka adalah sama sepertinya yang dia telah membunuh kesemua manusia. Dan jika sesiapa yang menyelamatkan nyawa, ini adalah seperti dia telah menyelamatkan keseluruhan nyawa manusia. Para rasul kami telah datang kepada mereka dengan membawa bukti yang nyata, selepas kesemuanya ini, mereka masih juga melampaui batas.