Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:42 — Hidangan (Al-Maedah)

Merekalah orang yang mengamalkan kebohongan, dan memakan dari hasil pendapatan yang haram. Jika mereka datang kepada kamu untuk meminta dihakimkan diantara mereka, maka kamu bolehlah menghakimi mereka, ataupun kamu bolehlah juga dengan membiarkan mereka. Jika kamu memilih untuk meninggalkan mereka, mereka tidak akan dapat menyakiti kamu walau sedikit sekalipun.Tetapi jika kamu menghakimkan mereka berlakulah adil dan seksama. Sesungguhnya Allah Amat Mencintai orang orang yang keseksamaan.

[5:41] Wahai rasul, janganlah engkau merasa sedih dengan orang orang yang lekas mengingkarkan diantara mereka, dengan mengatakan, "Kami percaya," hanya dimulut mereka sahaja, padahal dihati hati mereka tidak percaya. Ada diantara Yahudi, yang mendengarkan pembohongan. Mereka mendengar daripada orang yang belum pernah bertemu dengan engkau, lalu memutarbelitkan perkataan perkataan yang terkeluar dari konteksnya, sambil mengatakan, "Jika kamu diberikan ini, terimalah, tetapi sekiranya jika kamu diberikan sesuatu yang berlainan, berjagalah." Sesiapa sahaja yang Allah izinkan berpaling dari kebenaran, maka tidak ada apa yang dapat engkau lakukan untuk menolong mereka dari Allah. Allah tidak mengingini untuk membersihkan hati hati mereka. Mereka telah mendapatkan kehidupan yang hina didunia ini, dan diAkhirat kelak, mereka akan menderita dengan hukuman yang dahsyat.

[5:43] Kenapa mesti mereka meminta supaya kamu menghakimkan diantara mereka, sedangkan mereka mempunyai Taurat, yang mengandungi hukum hukum Allah, yang mereka sendiri memilih untuk tidak mempedulikannya? Mereka bukanlah orang orang yang percaya.