Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:3 — Hidangan (Al-Maedah)

Diharamkan bagi kamu ialah binatang binatang yang mati dengan sendirinya, darah, daging babi, dan binatang binatang yang dipersembahkan selain dari Allah. (Binatang yang mati dengan sendirinya termasuk yang) mati tercekik, diketuk dengan benda yang kuat, jatuh dari tempat yang tinggi, rodokan yang berlumuran darah, diterkam oleh binatang buas ? melainkan kamu menyelamatkan binatang kamu sebelum ianya mati ? dan binatang sembelihan yang ditaruh dialtar untuk persembahan mereka. Dan juga diharamkan dengan membahagikan daging melalui permainan yang dikhaskan pembayarannya melalui pertarungan; ini adalah satu kekejian. Sekarang ini orang orang yang ingkar itu telah bertukar hati berkenaan (pembasmian) agama kamu; jangan takuti mereka bahkan takutilah Aku. Hari ini, Aku telah lengkapkan agama kamu, menyempurnakan rahmatKu kepada kamu, dan aku telah mendekrikan yang penyerahan diri diri kamu semata mata (kepadaKu) sebagai agama kamu (Islam). Jika seseorang dipaksakan kerana kebuluran (memakan makanan yang diharamkan), dengan tidak disengajakan untuk membuat dosa, maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[5:2] Wahai orang orang yang percaya, janganlah kamu melanggar rukun yang telah diinstitusikan oleh Allah, tidak juga pada Bulan yang Suci, begitu juga dengan binatang untuk dikurbankan, dan tidak juga kalungan yang ditandakan untuk binatang, dan begitu juga dengan orang orang yang menuju keMasjid Suci (Ka'aba) untuk mencari keberkatan dari Tuhan mereka dengan memohonkan keizinanNya. Apabila ibadah Haji kamu telah selesai, bolehlah kamu pergi memburu. Jangan sengaja kamu membuat pencerobohan kerana kebencian kamu kepada orang orang yang telah menghalang kamu untuk pergi keMasjid Suci. Kamu mestilah bekerja sama dalam melakukan kebaikan dan ketakwahan; jangan sekali kali kamu bersubahat dalam membuat dosa dengan mengikuti langkah syaitan. Kamu mestilah mengingati Allah . Sesungguhnya Allah Amat Keras dalam membuat hukuman.

[5:4] Mereka berbincang kepada kamu berkenaan apa yang dihalalkan untuk mereka; Katakan, "Dihalalkan untuk kamu adalah kesemuanya yang baik, termasuk anjing dan burung falko yang terlatih yang menangkapnya untuk kamu." Kamu melatihnya dengan mengikut apa yang diajarkan oleh Allah kepada kamu. Kamu bolehlah memakan apa yang ditangkapnya untuk kamu, dan sebutlah nama Allah apabila memakannya. Kamu mesti mengingati Allah. Sesungguhnya Allah Maha Cekap apabila membuat Perhitungan.