Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:4 — Hidangan (Al-Maedah)

Mereka berbincang kepada kamu berkenaan apa yang dihalalkan untuk mereka; Katakan, "Dihalalkan untuk kamu adalah kesemuanya yang baik, termasuk anjing dan burung falko yang terlatih yang menangkapnya untuk kamu." Kamu melatihnya dengan mengikut apa yang diajarkan oleh Allah kepada kamu. Kamu bolehlah memakan apa yang ditangkapnya untuk kamu, dan sebutlah nama Allah apabila memakannya. Kamu mesti mengingati Allah. Sesungguhnya Allah Maha Cekap apabila membuat Perhitungan.

[5:3] Diharamkan bagi kamu ialah binatang binatang yang mati dengan sendirinya, darah, daging babi, dan binatang binatang yang dipersembahkan selain dari Allah. (Binatang yang mati dengan sendirinya termasuk yang) mati tercekik, diketuk dengan benda yang kuat, jatuh dari tempat yang tinggi, rodokan yang berlumuran darah, diterkam oleh binatang buas ? melainkan kamu menyelamatkan binatang kamu sebelum ianya mati ? dan binatang sembelihan yang ditaruh dialtar untuk persembahan mereka. Dan juga diharamkan dengan membahagikan daging melalui permainan yang dikhaskan pembayarannya melalui pertarungan; ini adalah satu kekejian. Sekarang ini orang orang yang ingkar itu telah bertukar hati berkenaan (pembasmian) agama kamu; jangan takuti mereka bahkan takutilah Aku. Hari ini, Aku telah lengkapkan agama kamu, menyempurnakan rahmatKu kepada kamu, dan aku telah mendekrikan yang penyerahan diri diri kamu semata mata (kepadaKu) sebagai agama kamu (Islam). Jika seseorang dipaksakan kerana kebuluran (memakan makanan yang diharamkan), dengan tidak disengajakan untuk membuat dosa, maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[5:5] Sekarang semua makanan yang baik telah dijadikan halal untuk kamu. Makanan orang orang kitab adalah halal untuk kamu.* dan juga makanan kamu adalah halal untuk mereka. Juga kamu boleh mengahwini perempuan yang suci diantara orang orang yang percaya, dan juga perempuan yang suci diantara pengikut kitab yang dahulu jika kamu membayar mas kawin mereka. Kamu mesti menjaga kesucian diri, dengan tidak berzina dan mempunyai perhubungan sulit. Sesiapa yang mengingkari kepercayaan selepas meyakininya, semua kebaktiannya akan lenyap begitu sahaja, dan diHari Akhirat kelak dia akan menjadi orang orang yang rugi.