Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:108 — Hidangan (Al-Maedah)

Ini lebih lagi sesuai untuk menggalakkan testimoni yang jujur dipihak mereka, kerana takuti kelak yang mereka tidak akan mengendahkan sumpah seperti pesaksi yang pertama. Kamu mestilah mengingati Allah dan dengarkan. Sesungguhnya Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.

[5:107] Jika saksi saksi itu telah didapati bersalah ataupun berat sebelah, dan kedua lainnya mestilah digantikan ditempat mereka. Pilihlah dua orang yang telah dijadikan mangsa oleh pesaksi yang pertama, dan suruhlah mereka bersumpah kepada Allah: "Testimoni kami lebih benar dari mereka; kami tidak akan menjadikan diri diri kami berat sebelah jika tidak, kami adalah dari orang orang yang melampaui batas.

[5:109] Akan datang pada hari dimana Allah akan memanggil para rasul kesemuanya untuk ditanyakan kepada mereka, "Bagaimanakah respons mereka kepada kamu?" Mereka akan berkata, "Kami tidak ada pengetahuan. Engkau sahajalah yang mengetahui segala rahsia."