Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:107 — Hidangan (Al-Maedah)

Jika saksi saksi itu telah didapati bersalah ataupun berat sebelah, dan kedua lainnya mestilah digantikan ditempat mereka. Pilihlah dua orang yang telah dijadikan mangsa oleh pesaksi yang pertama, dan suruhlah mereka bersumpah kepada Allah: "Testimoni kami lebih benar dari mereka; kami tidak akan menjadikan diri diri kami berat sebelah jika tidak, kami adalah dari orang orang yang melampaui batas.

[5:106] Wahai orang orang yang percaya, untuk menyaksikan wasiat apabila seorang dari kamu hampir mati mesti dilakukan oleh dua orang yang adil diantara kamu. Jika kamu didalam perjalanan, kedua yang lain bolehlah bersaksikannya. Selepas Mengerjakan Sembahyang (Salat), maka keduanya bolehlah bersumpah kepada Allah, supaya dapat meringankan keraguan kamu: "Kami tidak akan menggunakan ini untuk mendapatkan keuntungan secara peribadi, walaupun pewasiatnya masih saudara kepada kami. Dan tidak juga akan kami sembunyikan testimoni dari Allah. Jika tidak, sudah tentu kami akan menjadi orang orang yang berdosa."

[5:108] Ini lebih lagi sesuai untuk menggalakkan testimoni yang jujur dipihak mereka, kerana takuti kelak yang mereka tidak akan mengendahkan sumpah seperti pesaksi yang pertama. Kamu mestilah mengingati Allah dan dengarkan. Sesungguhnya Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.