Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:106 — Hidangan (Al-Maedah)

Wahai orang orang yang percaya, untuk menyaksikan wasiat apabila seorang dari kamu hampir mati mesti dilakukan oleh dua orang yang adil diantara kamu. Jika kamu didalam perjalanan, kedua yang lain bolehlah bersaksikannya. Selepas Mengerjakan Sembahyang (Salat), maka keduanya bolehlah bersumpah kepada Allah, supaya dapat meringankan keraguan kamu: "Kami tidak akan menggunakan ini untuk mendapatkan keuntungan secara peribadi, walaupun pewasiatnya masih saudara kepada kami. Dan tidak juga akan kami sembunyikan testimoni dari Allah. Jika tidak, sudah tentu kami akan menjadi orang orang yang berdosa."

[5:105] Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah risaukan diri kamu sendiri. Jika yang lainnya menuju kesesatan, mereka tidak akan dapat menyakiti kamu, selagi kamu mendapat bimbingan. Kepada Allah sahajalah destini yang terakhir, dan Dia akan memberitahukan segala apa yang telah kamu lakukan.

[5:107] Jika saksi saksi itu telah didapati bersalah ataupun berat sebelah, dan kedua lainnya mestilah digantikan ditempat mereka. Pilihlah dua orang yang telah dijadikan mangsa oleh pesaksi yang pertama, dan suruhlah mereka bersumpah kepada Allah: "Testimoni kami lebih benar dari mereka; kami tidak akan menjadikan diri diri kami berat sebelah jika tidak, kami adalah dari orang orang yang melampaui batas.