Al-Quran 5:105 — Hidangan (Al-Maedah)
Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah risaukan diri kamu sendiri. Jika yang lainnya menuju kesesatan, mereka tidak akan dapat menyakiti kamu, selagi kamu mendapat bimbingan. Kepada Allah sahajalah destini yang terakhir, dan Dia akan memberitahukan segala apa yang telah kamu lakukan.
[5:104] Apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah ikuti apa yang Allah telah terangkan dan ikutilah rasul," mereka berkata, "Apa yang kami dapati ibu bapa ibi bapa kami amalkan itu cukuplah bagi kami." Apa akan jadi sekiranya ibu bapa ibu bapa mereka tidak mengetahui suatu apapun dan tidak mendapat petunjuk?
[5:106] Wahai orang orang yang percaya, untuk menyaksikan wasiat apabila seorang dari kamu hampir mati mesti dilakukan oleh dua orang yang adil diantara kamu. Jika kamu didalam perjalanan, kedua yang lain bolehlah bersaksikannya. Selepas Mengerjakan Sembahyang (Salat), maka keduanya bolehlah bersumpah kepada Allah, supaya dapat meringankan keraguan kamu: "Kami tidak akan menggunakan ini untuk mendapatkan keuntungan secara peribadi, walaupun pewasiatnya masih saudara kepada kami. Dan tidak juga akan kami sembunyikan testimoni dari Allah. Jika tidak, sudah tentu kami akan menjadi orang orang yang berdosa."