Al-Quran 5:109 — Hidangan (Al-Maedah)
Akan datang pada hari dimana Allah akan memanggil para rasul kesemuanya untuk ditanyakan kepada mereka, "Bagaimanakah respons mereka kepada kamu?" Mereka akan berkata, "Kami tidak ada pengetahuan. Engkau sahajalah yang mengetahui segala rahsia."
[5:108] Ini lebih lagi sesuai untuk menggalakkan testimoni yang jujur dipihak mereka, kerana takuti kelak yang mereka tidak akan mengendahkan sumpah seperti pesaksi yang pertama. Kamu mestilah mengingati Allah dan dengarkan. Sesungguhnya Allah tidak akan membimbing orang orang yang zalim.
[5:110] Allah akan berkata, "Wahai Isa anak Maryam, ingatlah rahmatKu kepadamu dan juga ibumu. Aku membantu engkau dengan Roh Suci, dan membenarkan engkau bercakap dengan manusia didalam buaian, sehinggalah engkau dewasa. Aku mengajarkan engkau berkenaan kitab, kebijaksanaan, tentang Taurat dan Injil. Ingatlah yang engkau membuat burung dari tanah liat dengan izinKu, dan meniup dengannya lantas menjadikannya seekor burung yang bernyawa dengan izinKu. Engkau pulihkan orang yang buta juga penyakit kusta dengan izinKu dan menghidupkan semula orang yang mati dengan keizinanKu. Ingatlah yang Aku telah melindungimu dari bani Israil yang mahu menyakitimu, walaupun mukjizat mukjizat yang penuh dengan pengetahuan yang telah engkau tunjukkan kepada mereka. Orang orang yang ingkar diantara mereka berkata, 'Ini adalah magik yang nyata.'