Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:18 — Hidangan (Al-Maedah)

Orang orang Yahudi dan Nasrani berkata, "Kami adalah anak anak Allah dan kekasihnya." Katakan, "Kenapa pula Dia menghukum kamu kerana dosa dosa kamu? Kamu hanyalah manusia sebagaimana manusia lainnya yang Dia cipta." Dia mengampuni sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Dia menghukum sesiapa yang dikehendakiNya. Kepunyaan Allah segala kedaulatan yang ada disekelian cekrawala dan dibumi, dan segala yang ada diantara keduanya, dan kepadaNya sajalah destini yang terakhir.

[5:17] Jahil sungguh bagi orang orang yang mengatakan bahwasanya Allah itu Al-Masih, anak kepada Maryam. Katakan,"Siapakah yang dapat menentang Allah jika Dia berkehendakkan untuk menghapuskan Al-Masih, anak kepada Maryam, ibunya, dan kesemua yang berada dibumi?" Hanya Allah sahaja yang mempunyai segala kedaulatan yang ada disekelian cekrawala dan dibumi, dan segala galanya diantara keduanya. Dia menciptakan apa sahaja yang dikehendakiNya. SesungguhNya Allah Maha Berkuasa.

[5:19] Wahai pengikut kitab, rasul kami telah datang kepada kamu untuk menerangkan sesuatu perkara kepada kamu, selepas waktu yang lama tidak didatangi oleh rasul rasul, supaya tidak kamu mengatakan kelak, "Kami tidak menerima sebarang dari orang yang dapat mengajarkan kami atau memberikan kami amaran." Orang yang mengajarkan dan juga pemberikan amaran telah datang kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.