Al-Quran 5:19 — Hidangan (Al-Maedah)
Wahai pengikut kitab, rasul kami telah datang kepada kamu untuk menerangkan sesuatu perkara kepada kamu, selepas waktu yang lama tidak didatangi oleh rasul rasul, supaya tidak kamu mengatakan kelak, "Kami tidak menerima sebarang dari orang yang dapat mengajarkan kami atau memberikan kami amaran." Orang yang mengajarkan dan juga pemberikan amaran telah datang kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.
[5:18] Orang orang Yahudi dan Nasrani berkata, "Kami adalah anak anak Allah dan kekasihnya." Katakan, "Kenapa pula Dia menghukum kamu kerana dosa dosa kamu? Kamu hanyalah manusia sebagaimana manusia lainnya yang Dia cipta." Dia mengampuni sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Dia menghukum sesiapa yang dikehendakiNya. Kepunyaan Allah segala kedaulatan yang ada disekelian cekrawala dan dibumi, dan segala yang ada diantara keduanya, dan kepadaNya sajalah destini yang terakhir.
[5:20] Ingatlah semasa Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku ingatlah rahmat yang Allah kurniakan kepada kamu: Dia melantik para nabi diantara kamu, menjadikan kamu raja raja, dan memberikan ganjaran kepada kamu yang mana tidak pernah diberikan kepada sesiapapun sebelumnya.