Al-Quran 5:17 — Hidangan (Al-Maedah)
Jahil sungguh bagi orang orang yang mengatakan bahwasanya Allah itu Al-Masih, anak kepada Maryam. Katakan,"Siapakah yang dapat menentang Allah jika Dia berkehendakkan untuk menghapuskan Al-Masih, anak kepada Maryam, ibunya, dan kesemua yang berada dibumi?" Hanya Allah sahaja yang mempunyai segala kedaulatan yang ada disekelian cekrawala dan dibumi, dan segala galanya diantara keduanya. Dia menciptakan apa sahaja yang dikehendakiNya. SesungguhNya Allah Maha Berkuasa.
[5:16] Dengannya, Allah membimbing sesiapa sahaja yang ingin mencari kebenaranNya. Dia membimbing mereka untuk menuju keamanan, juga dengan membukakan jalan bagi mereka untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan kehendakNya, dan membimbing mereka kejalan yang lurus.
[5:18] Orang orang Yahudi dan Nasrani berkata, "Kami adalah anak anak Allah dan kekasihnya." Katakan, "Kenapa pula Dia menghukum kamu kerana dosa dosa kamu? Kamu hanyalah manusia sebagaimana manusia lainnya yang Dia cipta." Dia mengampuni sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Dia menghukum sesiapa yang dikehendakiNya. Kepunyaan Allah segala kedaulatan yang ada disekelian cekrawala dan dibumi, dan segala yang ada diantara keduanya, dan kepadaNya sajalah destini yang terakhir.