Al-Quran 5:33 — Hidangan (Al-Maedah)
Pembalasan yang adil untuk sesiapa yang menentang Allah dan rasulNya, dengan melakukan jenayah yang kejam, maka dianya mestilah dibunuh, ataupun disalib, ataupun tangan dan kakinya dipotong berselang-seli diantaranya, ataupun dibuangkan negeri. Ini adalah untuk memalukan kehidupan mereka didunia ini, dan diAkhirat kelak mereka akan menerima azab yang lebih dahsyat.
[5:32] Oleh kerana itu, kami mendekrikan untuk Bani Israil, bagi sesiapa yang membunuh seseorang yang tidak melakukan pembunuhan ataupun yang tidak melakukan jenayah yang dahsyat, maka adalah sama sepertinya yang dia telah membunuh kesemua manusia. Dan jika sesiapa yang menyelamatkan nyawa, ini adalah seperti dia telah menyelamatkan keseluruhan nyawa manusia. Para rasul kami telah datang kepada mereka dengan membawa bukti yang nyata, selepas kesemuanya ini, mereka masih juga melampaui batas.
[5:34] Dikecualikan kepada mereka yang bertaubat sebelum kamu mengalahkan mereka. Kamu mestilah ketahui yang Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.