Al-Quran 5:60 — Hidangan (Al-Maedah)
Katakan, "Biarlah aku memberitahukan kepada kamu siapakah yang paling buruk disisi Allah: mereka yang dikutuki Allah setelah mendapat kemurkaanNya dengan menjadikan mereka (yang berperangai seperti) monyet dan babi dan juga orang orang yang menyekutukan (Allah). Inilah yang paling jahat dan yang paling jauh dari mendapatkan petunjuk yang lurus."
[5:59] Katakan, "Wahai manusia yang mengikut kitab, tidakkah kamu membenci kami kerana kami mempercayai Allah, dan apa yang telah diturunkan kepada kami, dan apa yang telah diturunkan sebelum kami dan kerana kebanyakan dari kamu yang tidak benar?"
[5:61] Apabila mereka datang kepada kamu, mereka berkata, "Kami percaya," walaupun mereka itu mengingkarkannya bila saja mereka masuk kedalam, dan manakala mereka keluar dari situ pun penuh dengan keingkaran. Sesungguhnya Allah Amat Perihatin dengan apa yang mereka rahsiakannya.