Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:90 — Hidangan (Al-Maedah)

Wahai orang orang yang percaya, minuman keras, perjudian, berhala berhala diatas altar dan permainan dengan bertaruhan nasib, ini semua adalah perbuatan keji dari syaitan; kamu mestilah menjauhkan diri darinya, supaya kamu beroleh kejayaan.

[5:89] Allah tidak akan menjadikan tanggungjawab dengan sumpahan yang cuma digunakan dalam percakapan kamu sahaja; Dia akan menjadikannya tanggungjawab diatas apa yang kamu niatkan. Jika kamu melanggar sumpahan kamu, kamu mestilah menebusnya dengan memberikan makan kepada sepuluh orang miskin dari makanan yang sama kamu berikan kepada keluarga kamu, ataupun berikan mereka pakaian, ataupun membebaskan hamba. Jika kamu tidak ada kemampuan, maka kamu mestilah berpuasa tiga hari. Ini adalah satu penebusan kerana melanggar sumpah yang kamu telah berjanji untuk menyimpannya. Kamu mesti penuhi sumpah kamu. Allah telah menerangkan revelasi revelasiNya kepada kamu, supaya kamu dapat bersyukur.

[5:91] Syaitan cuba menggalakkan kamu dengan kemarahan dan kebencian diantara kamu melalui minum keras dan juga perjudian, dan supaya dapat melupakan kamu dari mengingati Allah, dan Mengerjakan Sembahyang (Salat). Dapatkah kamu menahan diri?