Al-Quran 5:1 — Hidangan (Al-Maedah)
Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah memenuhi segala janji janji kamu. Dibenarkan untuk kamu memakan dari binatang binatang ternakan, melainkan apa yang telah dikhaskan larangannya didalam ini. Kamu tidak semestinya dibenarkan untuk pergi memburu semasa menjalani ibadah Haji. Allah mendekrikan segala apa sahaja yang Dia kehendaki.
[5:0] Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[5:2] Wahai orang orang yang percaya, janganlah kamu melanggar rukun yang telah diinstitusikan oleh Allah, tidak juga pada Bulan yang Suci, begitu juga dengan binatang untuk dikurbankan, dan tidak juga kalungan yang ditandakan untuk binatang, dan begitu juga dengan orang orang yang menuju keMasjid Suci (Ka'aba) untuk mencari keberkatan dari Tuhan mereka dengan memohonkan keizinanNya. Apabila ibadah Haji kamu telah selesai, bolehlah kamu pergi memburu. Jangan sengaja kamu membuat pencerobohan kerana kebencian kamu kepada orang orang yang telah menghalang kamu untuk pergi keMasjid Suci. Kamu mestilah bekerja sama dalam melakukan kebaikan dan ketakwahan; jangan sekali kali kamu bersubahat dalam membuat dosa dengan mengikuti langkah syaitan. Kamu mestilah mengingati Allah . Sesungguhnya Allah Amat Keras dalam membuat hukuman.