Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:15 — Hidangan (Al-Maedah)

Wahai pengikut kitab, rasul kami telah datang kepada kamu dengan mengumumkan berkenaan kebanyakan perkara yang telah kamu sembunyikan dari kitab, dan untuk mengampunkan kebanyakan dari kejahatan yang kamu telah lakukan. Petunjuk telah datang kepada kamu dari Allah, dan juga dengan kitab yang nayata.

[5:14] Juga dari mereka yang mengatakan, "Kami adalah orang orang Nasrani," Kami menerima perjanjian mereka. Tetapi mereka telah mengabaikan sesetengah perintah perintah yang telah kami berikan kepada mereka. Akibatnya, kami mengutuk mereka dengan meletakan kemarahan dan kebencian diantara mereka, sampailah keHari Kebangkitan kelak. Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan.

[5:16] Dengannya, Allah membimbing sesiapa sahaja yang ingin mencari kebenaranNya. Dia membimbing mereka untuk menuju keamanan, juga dengan membukakan jalan bagi mereka untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan kehendakNya, dan membimbing mereka kejalan yang lurus.