Al-Quran 5:81 — Hidangan (Al-Maedah)
Sekiranya mereka percaya kepada Allah, dan nabi, dan apa yang telah diturunkan kepada dia didalam ini, mereka tidak akan mahu berkawan dengan mereka. Sesungguhnya kebanyakan mereka itu adalah zalim.
[5:80] Kamu akan melihat ramai diantara mereka yang berpihak berikatan dengan orang orang yang ingkar. Sengsara sungguh apa yang tangan tangan mereka yang membawakan kerugian bagi pihak roh roh mereka. Allah sangat memurkai mereka, akibatnya, azab yang mereka terima akan berkekalan untuk selama lamanya.
[5:82] Kamu akan mendapati musuh yang paling buruk sekali bagi orang orang yang percaya ialah orang orangYahudi dan orang orang yang menyekutukan (Allah). Dan akan kamu ketahui manusia yang paling dekat didalam persahabatan dengan orang orang yang percaya adalah mereka yang mengatakan, "Kami adalah Kristian (Nasrani)." Ini oleh kerana mereka mempunyai padri padri dan rahib rahib diantara mereka, dan mereka tidaklah menyombongkan diri. _