Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 5:12 — Hidangan (Al-Maedah)

Allah telah mengambil perjanjian dari Bani Israil, dan kami melantik diantara mereka dua belas keturunan yang mempunyai hak keistemewaan dalam menjalani urusan Tuhan. Dan Allah bersabda, "Aku sentiasa akan bersama kamu, selagi kamu Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan berkewajiban dalam menderma (Zakat), dan percaya dengan revelasi revelasiKu juga menghormatinya, dan sentiasa berterusan dengan meminjamkan Allah sesuatu pinjaman yang berupa kebajikan. Barulah akan Aku mengampunkan dosa kamu, dan memasukkan kamu didalam taman taman yang air sungai sungai yang mengalir. Sesiapa yang ingkar selepas ini, maka tentu sekali dia telah tersesat jauh.

[5:11] Wahai orang orang yang percaya, ingatlah nikmat Allah terhadap kamu; apabila sesetengah manusia cuba memanjangkan tangan tangan mereka untuk membuat kejahatan kepada kamu, Dia melindungi kamu dan menahan tangan tangan mereka dari mengenamu. Kamu mesti mengingati Allah; kepada Allah sahaja orang orang percaya mesti meletakkan kepercayaannya.

[5:13] Itu adalah kerana mereka telah mencabuli perjanjian maka kami mengutuk mereka, dan kami jadikan hati hati mereka menjadi keras. Akibatnya, mereka telah mengambil perkataan perkataan dengan menukarkan konteksnya yang sebenar, dan mengabaikan sesetengah dari perintah perintah yang diberikan kepada mereka. Kamu akan sentiasa dapat menyaksikan pengkhianatan mereka, melainkan hanya sedikit dari mereka. Kamu mesti mengampuni mereka, dan tinggalkan mereka. Sesungguhnya Allah amat mencintai orang orang yang suka membuat kebaikan.