Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 6:93 — Binatang Ternakan (Al-An 'am)

Siapa yang lebih zalim dari orang yang mengada adakan pembohongan dan diatributkannya kepada Allah, ataupun mengatakan, "Aku telah mendapat inspirasi yang suci," Padahal tidak pernah diinspirasikan sedemikian, ataupun dengan mengatakan, "Aku boleh menulis serupa seperti revelasi revelasi Allah?" Jika kamu dapat melihat orang orang yang melampaui batas itu menghadapi kematian! Malaikat malaikat yang memanjangkan tangan tangan mereka kepada mereka, dengan mengatakan, "Biarkan keluar roh roh kamu. Hari ini, kamu telah mendapat hukuman yang menghina kerana mengatakan berkenaan Allah yang lain dari kebenaran, dan kerana terlalu sombong untuk menerima revelasi revelasiNya.

[6:92] Yang ini juga adalah kitab yang dirahmati yang telah kami terangkan, mengesahkan kitab yang terdahulu, supaya dapat kamu memberi amaran kepada komuniti yang paling mustahak dan semua disekelilingnya. Sesiapa yang percaya kepada Akhirat akan percaya dengannya (kitab), dan akan Mengerjakan Sembahyang (Salat).

[6:94] "Kamu telah pulang kepada kami dengan sendirian, sama seperti kami menciptakan kamu pada mulanya, dan kamu telah tinggalkan apa saja yang kami peruntukkan kepada kamu. Kami tidak nampak yang kamu ada bersama dengan penjamin penjamin yang kamu puja pujakan dan mengaku yang mereka boleh menolong kamu. Semua perhubungan diantara kamu telah dimusnahkan; pujaan pujaan yang kamu ada adakan itu telah pun meninggalkan kamu."