Al-Quran 6:156 — Binatang Ternakan (Al-An 'am)
Sekarang ini kamu tidak akan boleh lagi bekata, "Kitab ini telah diturunkan kepada kedua dua kumpulan sebelum kami, dan kami tidak sedar akan pengajarannya."
[6:155] Ini juga adalah kitab yang dirahmati yang kami telah turunkan; kamu mesti mengikutinya dengan mengamalkan kehidupan yang benar, supaya kamu akan mendapat belas kasih.
[6:157] Tidak juga boleh kamu mengatakan, "Hanya kalaulah kitab ini boleh diturunkan kepada kami, kami akan mendapat bimbingan yang lebih baik dari mereka." Kitab yang mempunyai bukti sekarang ini telah datang kepada kamu dari Tuhan kamu, sebagai petunjuk juga belas kasih. Sekarang, siapakah yang paling zalim kerana mengingkari bukti bukti ini dari Allah, dan tidak memperdulikannya? Kami akan mengenakan orang orang yang mengingkarkan bukti bukti kami ini dengan hukuman yang paling dahsyat oleh sebab mereka tidak mahu mengambil peringatan.