Al-Quran 10:108 — Yunus (Yunus)
Umumkanlah: "Wahai manusia, kebenaran telah datang kepada kamu didalam ini dari Tuhan kamu. Sesiapa saja yang mendapat bimbingan telah dibimbing untuk kebaikannya sendiri.dan sesiapa yang telah tersesat, telah disesatkan kerana penglibatan dirinya sendiri. Aku bukanlah penjaga keatas kamu."
[10:107] Jikalau Allah mengenakan kamu dengan kesukaran, tidak siapa dapat meringankannya melainkan Dia. Dan apabila Dia merahmati kamu, tidak ada kuasa dapat menghalangi dari segala limpah kurniaNya. Dia mengurniakannya sesiapa saja yang Dia pilih diantara hamba hambaNya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[10:109] Ikutlah apa yang telah diterangkan kepada kamu, dan bersabarlah sehingga Allah menghantarkan kehakimanNya; Sesungguhnya Dialah Hakim yang terbaik.