Al-Quran 10:107 — Yunus (Yunus)
وَإِن يَمسَسكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلا كاشِفَ لَهُ إِلّا هُوَ ۖ وَإِن يُرِدكَ بِخَيرٍ فَلا رادَّ لِفَضلِهِ ۚ يُصيبُ بِهِ مَن يَشاءُ مِن عِبادِهِ ۚ وَهُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ
Jikalau Allah mengenakan kamu dengan kesukaran, tidak siapa dapat meringankannya melainkan Dia. Dan apabila Dia merahmati kamu, tidak ada kuasa dapat menghalangi dari segala limpah kurniaNya. Dia mengurniakannya sesiapa saja yang Dia pilih diantara hamba hambaNya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[10:106] "Kamu jangan sekali menyembah disamping Allah segala apa yang tidak mempunyai kuasa untuk memanfaatkanmu atau memudharatmu. Jika kamu melakukan demikian, engkaulah seorang yang pelampau."
[10:108] Umumkanlah: "Wahai manusia, kebenaran telah datang kepada kamu didalam ini dari Tuhan kamu. Sesiapa saja yang mendapat bimbingan telah dibimbing untuk kebaikannya sendiri.dan sesiapa yang telah tersesat, telah disesatkan kerana penglibatan dirinya sendiri. Aku bukanlah penjaga keatas kamu."