Al-Quran 10:12 — Yunus (Yunus)
Apabila kesusahan dikenakan kepada manusia, dia bermohon kepada kami sambil berbaring, duduk, ataupun berdiri. Tetapi bila saja kami ringankan kesusahannya, dia melupakannya seolah olah dia tidak pernah bermohon kepada kami untuk diringankan bebannya! Segala kerja kerja yang dilakukan oleh orang orang yang melampaui batas itu dihiaskan baik dimata mata mereka.
[10:11] Jika Allah mengenakan hukuman yang disegerakan kepada manusia, sebagaimana yang mereka menuntut supaya diberikan rezeki untuk mereka, pasti mereka telah dihapuskan lebih dulu lagi. Bagaimanapun, kami tinggalkan orang orang yang tidak percaya akan pertemuan dengan kami itu, berterusan dengan perangai yang keterlaluan, kesilapan.
[10:13] Banyak generasi yang terdahulu telah kami hapuskan kerana mereka sangat melampaui batas. Para rasul datang kepada mereka dengan membawa bukti bukti yang nyata, tetapi mereka itu terlalu mengingkarinya. Lantas kami membalas perbuatan orang orang yang bersalah.