Al-Quran 10:15 — Yunus (Yunus)
Apabila revelasi revelasi kami dibacakan kepada mereka, orang orang yang tidak menyangka akan bertemu dengan kami itu berkata, "Bawalah Quran yang lain dari ini, ataupun tukarkan!" Katakanlah, "Aku tidak boleh sengajakan menukarnya sendiri. Aku hanyalah mengikuti apa yang telah diterangkan kepadaku. Aku takut, sekiranya aku tidak menta'ati Tuhanku, akan mendapat hukuman pada hari yang menggerunkan."
[10:14] Maka kami jadikan pewaris pewaris dibumi ini, untuk melihat bagaimana akan kamu lakukan.
[10:16] Katakanlah, "Dengan kehendak Allah, aku tidak akan dapat membacakannya kepada kamu, dan tidak juga kamu akan dapat mengetahui suatu apapun tentangnya. Aku telah hidup bersama sama diantara kamu sepenuh kehidupanku sebelum ini (dan kamu mengenaliku sebagai orang yang waras dan benar). Tidakkah kamu faham?"