Al-Quran 10:22 — Yunus (Yunus)
Dia Sahajalah yang menggerakkan kamu untuk melangkah kedarat dan laut. Kamu berada didalam kapal, dan ianya belayar dengan amannya melalui sepoian angin. Maka, sementara menikmati keadaan itu, angin kencang meniup, dan ombak ombak keras mengelilingi mereka disegenap penjuru. Inilah masanya mereka bermohon kepada Allah, dengan penuh kejujuran mengabdikan do'a do'a mereka kepada Dia sahaja: "Jika Engkau selamatkan kami sekarang, kami sentiasa bersyukur."
[10:21] Apabila kami berkati manusia dengan belas kasih selepas malapetaka yang telah dialami, maka dengan pantas saja mereka merancang untuk menentang revelasi revelasi kami! Katakanlah, "Perancangan dari Allah lebih lagi berkesan. Kerana para rasul kami akan mencatet segala perancangan kamu."
[10:23] Sebaik sahaja Dia menyelamatkan mereka, mereka menjadi orang orang yang melampaui batas dimuka bumi ini, yang menentang kebenaran. Wahai manusia, keterlaluan kamu hanya akan menjejaskan roh roh kamu. Kamu terlalu asyik dengan kehidupan didunia ini, dan kepada kamilah tempat pertemuan kamu yang terakhir, maka akan kami beritahukan kepada kamu segala apa yang telah kamu lakukan.