Al-Quran 2:119 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Kami telah memilihmu dengan membawakan kebenaran untuk meyampaikan berita berita baik, dan juga sebagai pemberi amaran. Kamu tidak bertanggung jawab terhadap orang orang yang akan dimasukkan keNeraka.
[2:118] Orang orang yang tidak berilmu berkata, "Kalaulah Allah boleh berkata kata kepada kita, ataupun beberapa mukjizat didatangkan kepada kita!" Orang orang sebelum mereka juga telah mengatakan perkataan yang serupa; minda mereka pun sama. Kami akan tunjukkan mukjizat kepada sesiapa yang mempunyai keyakinan.
[2:120] Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah.