Al-Quran 2:135 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Mereka berkata, "Kamu mesti menjadi Yahudi atau Nasrani, untuk membolehkan kamu mendapat petunjuk." Katakan, "Kami mengikuti agama Ibrahim - monoteis - (menyerahkan diri kepada Tuhan yang Esa sahaja) ? dia tidak sekali kali menyekutukan Tuhannya."
[2:134] Itulah kaum yang sudah berlalu. Mereka bertanggung jawab atas 'amalan mereka, dan kamu juga bertanggung jawab diatas apa yang kamu lakukan. Kamu tidak sekali kali bertanggung jawab apa yang telah mereka perlakukan.
[2:136] Katakan, "Kami percaya kepada Tuhan, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ya'kub, dan keturunan yang mempunyai hak keistimewaan dalam menjalankan urusan Tuhan; dan apa yang telah diberikan kepada Musa dan Isa, dan semua nabi nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza bezakan diantara mereka. KepadaNya sahajalah kami serahkan diri diri kami dengan sepenuhnya."