Al-Quran 2:136 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Katakan, "Kami percaya kepada Tuhan, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ya'kub, dan keturunan yang mempunyai hak keistimewaan dalam menjalankan urusan Tuhan; dan apa yang telah diberikan kepada Musa dan Isa, dan semua nabi nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza bezakan diantara mereka. KepadaNya sahajalah kami serahkan diri diri kami dengan sepenuhnya."
[2:135] Mereka berkata, "Kamu mesti menjadi Yahudi atau Nasrani, untuk membolehkan kamu mendapat petunjuk." Katakan, "Kami mengikuti agama Ibrahim - monoteis - (menyerahkan diri kepada Tuhan yang Esa sahaja) ? dia tidak sekali kali menyekutukan Tuhannya."
[2:137] Jika mereka percaya apa yang kamu percayai, barulah mereka dapat panduan. Tetapi jika mereka berpaling dari kebenaran, maka mereka adalah dari golongan pembangkang. Allah akan memelihara kamu dari orang orang yang ingkar; Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui akan segala galanya.