Al-Quran 2:172 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Wahai orang orang yang percaya, makanlah makanan yang baik baik yang kami sediakan untuk kamu, dan berterima kasihlah kepada Allah, kalau memang sebenarnya kamu hanya sembah Dia sahaja.
[2:171] Keadaan bagi orang orang yang ingkar itu adalah seperti burung kakak tua yang meniru sambil mengulangi apabila ianya mendengar bunyi suara dan panggilan yang tidak difahaminya. Pekak, bisu, dan buta; mereka tidak akan dapat mengerti.
[2:173] Dia hanya mengharamkan untuk kamu dari memakan binatang yang mati dengan sendirinya, (dengan tidak ada campur tangan dari manusia) darah, daging babi, dan binatang untuk dipersembahkan selain dari Allah. Tetapi apabila seseorang itu dipaksa (untuk memakannya), dengan tidak ada kedengkian atau dengan tidak sengaja, maka itu tidak berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.