Al-Quran 2:186 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Apabila hamba hambaKu menanyakan berkenaanKu, Aku sentiasa mendekati mereka. Aku mengkabulkan do'a mereka, apabila mereka berdo'a kepadaKu. Manusia mestilah berurusan denganKu dan percaya kepadaKu, supaya kamu semua mendapat petunjuk.
[2:185] Ramadan adalah bulan yang mana Quran diturunkan, yang mengandungi petunjuk untuk manusia, memberi pengajaran dengan jelas. Sesiapa yang menyaksikan bulan ini mestilah berpuasa. Jika ada diantara mereka yang sakit atau dalam perjalanan (musafir) bolehlah digantikannya dengan hari lainnya pada beberapa hari yang mereka tinggalkan. Allah menginginkan supaya memberi kemudahan kepada kamu, bukannya kepayahan, supaya mudah untuk kamu menjalankan kewajiban kamu, dan supaya kamu memuji Allah untuk meminta petunjuk dariNya dan supaya dapat kamu menunjukkan kesyukuran kamu.
[2:187] Dizinkan untuk kamu bersetubuh dengan isteri isteri kamu pada malam hari dibulan puasa. Mereka adalah penyimpan rahsia bagi kamu dan kamu juga penyimpan rahsia untuk mereka. Allah mengetahui yang kamu pernah mengkhianati roh roh kamu, maka Dia telah mengampunkan kamu dan telah juga memaafkan kamu. Dengan demikian bolehlah kamu bersetubuh dengan mereka, lakukanlah apa yang Allah meredhakannya untuk kamu. Makan dan minumlah apabila kamu melihat benang putih yang bercahaya menjadikan perbezaan dari benang hitam (gelap) waktu masuknya malam hingga kesubuh. Lantas, kamu mesti berpuasa sampai matahari terbenam. Persetubuhan diharamkan jika sekiranya kamu bercadang untuk berada (iktikaf) dimasjid (sepuluh hari penghujung Ramadan) Ini adalah hukum Allah; kamu jangan sekali kali mengingkarinya. Allah telah jelaskan revelasi revelasiNya kepada manusia, supaya mereka mendapat keselamatan.