Al-Quran 2:188 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Jangan kamu mengambil wang diantara kamu dengan jalan yang keji, jangan sekali kali kamu memberi rasuah kepada orang yang berkuasa untuk mengelakkan orang lain dari mendapatkan hak hak mereka, sedangkan kamu mengetahuinya.
[2:187] Dizinkan untuk kamu bersetubuh dengan isteri isteri kamu pada malam hari dibulan puasa. Mereka adalah penyimpan rahsia bagi kamu dan kamu juga penyimpan rahsia untuk mereka. Allah mengetahui yang kamu pernah mengkhianati roh roh kamu, maka Dia telah mengampunkan kamu dan telah juga memaafkan kamu. Dengan demikian bolehlah kamu bersetubuh dengan mereka, lakukanlah apa yang Allah meredhakannya untuk kamu. Makan dan minumlah apabila kamu melihat benang putih yang bercahaya menjadikan perbezaan dari benang hitam (gelap) waktu masuknya malam hingga kesubuh. Lantas, kamu mesti berpuasa sampai matahari terbenam. Persetubuhan diharamkan jika sekiranya kamu bercadang untuk berada (iktikaf) dimasjid (sepuluh hari penghujung Ramadan) Ini adalah hukum Allah; kamu jangan sekali kali mengingkarinya. Allah telah jelaskan revelasi revelasiNya kepada manusia, supaya mereka mendapat keselamatan.
[2:189] Mereka menanyakan kepada kamu berkenaan perjalanan bulan! Katakan, "Ia memberikan perjalanan masa untuk manusia, dan memberi waktu yang tepat untuk mengerjakan Ibadah Haji."Tidaklah mendapat kebaikan jika kamu memasuki rumah dari belakang (kekata bidalan). Kebaikan itu apabila kamu memegang kuat dengan perintahNya dan bersifat berani untuk berterus terang. Kamu mestilah takut kepada Allah, supaya kamu mendapat kejayaan.