Al-Quran 2:195 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Kamu mestilah berbelanja dijalan Allah; janganlah membiarkan diri diri kamu terjerumus didalam kerosakan. Kamu mesti cinta untuk menderma; sesungguhnya Allah amat mencintai penderma.
[2:194] Dalam bulan bulan Suci, jika terdapat keganasan berlaku, maka aturkan pembalasan yang sama jika mereka menyerangmu, kamu boleh menyerang kembali dengan tidak melakukan keganasan yang berlebih lebihan. Kamu mestilah mengingati Allah dan ketahuilah yang Allah ada bersama sama dengan orang orang yang benar.
[2:196] Tunaikan rukun Ibadah Haji dan 'Umrah kerana Allah dengan sempurna. Jika kamu terhalang, kamu mesti membayar denda (fidyah) dan jangan kamu mengguntingkan rambut hinggakan sembelihan sampai ditempat destinasinya. Jika kamu sakit atau terluka dikepala, kamu mestilah menggantikannya dengan berpuasa, atau menderma, atau dengan cara yang lebih baik dalam beribadah. Dalam keadaan Haji biasa, jika kamu berhenti seketika didalam keadaan Ihraam diantara 'Umrah dan Haji, kamu mesti menggantikan binatang untuk dikurbankan. Jika kamu tidak mampu maka kamu mestilah berpuasa tiga hari dimasa Haji dan tujuh hari apabila kamu pulang ketempatmu kelak ? ini akan mencukupi sepuluh hari kamu berpuasa. Itupun kalau kamu tidak tinggal berdekatan dengan Masjid Suci. Kamu mestilah mengingati Allah, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Amat Keras dalam menjalankan hukuman.