Al-Quran 2:196 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Tunaikan rukun Ibadah Haji dan 'Umrah kerana Allah dengan sempurna. Jika kamu terhalang, kamu mesti membayar denda (fidyah) dan jangan kamu mengguntingkan rambut hinggakan sembelihan sampai ditempat destinasinya. Jika kamu sakit atau terluka dikepala, kamu mestilah menggantikannya dengan berpuasa, atau menderma, atau dengan cara yang lebih baik dalam beribadah. Dalam keadaan Haji biasa, jika kamu berhenti seketika didalam keadaan Ihraam diantara 'Umrah dan Haji, kamu mesti menggantikan binatang untuk dikurbankan. Jika kamu tidak mampu maka kamu mestilah berpuasa tiga hari dimasa Haji dan tujuh hari apabila kamu pulang ketempatmu kelak ? ini akan mencukupi sepuluh hari kamu berpuasa. Itupun kalau kamu tidak tinggal berdekatan dengan Masjid Suci. Kamu mestilah mengingati Allah, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Amat Keras dalam menjalankan hukuman.
[2:195] Kamu mestilah berbelanja dijalan Allah; janganlah membiarkan diri diri kamu terjerumus didalam kerosakan. Kamu mesti cinta untuk menderma; sesungguhnya Allah amat mencintai penderma.
[2:197] Ibadah Haji mestilah ditunaikan pada bulan bulan yang telah ditetapkan. Sesiapa yang telah bersedia untuk menunaikan Ibadah Haji mestilah menjauhkan diri dari mengadakan persetubuhan, buruk akhlak, suka bertengkar sepanjang menjalankan Ibadah Haji. Apa sahaja kebajikan yang kamu lakukan, Allah amat sangat mengetahuiNya. Dimasa kamu menyediakan bekalan untuk perjalanan kamu, adapun sebaik baik bekalan adalah ketakwahan. Kamu mestilah takuti Aku, wahai orang orang yang mempunyai kecerdasan.