Al-Quran 2:198 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Kamu tidaklah melakukan kesalahan untuk mencari rezeki dari Tuhan kamu (melalui perniagaan). Apabila kamu telah bertolak dari 'Arafaat, kamu mestilah mengingati Allah dekat Tempat Suci (Muzadalifah). Kamu mestilah mengingatiNya kerana telah membimbing kamu; sesungguhnya sebelum ini kamu adalah dikalangan orang orang yang sesat.
[2:197] Ibadah Haji mestilah ditunaikan pada bulan bulan yang telah ditetapkan. Sesiapa yang telah bersedia untuk menunaikan Ibadah Haji mestilah menjauhkan diri dari mengadakan persetubuhan, buruk akhlak, suka bertengkar sepanjang menjalankan Ibadah Haji. Apa sahaja kebajikan yang kamu lakukan, Allah amat sangat mengetahuiNya. Dimasa kamu menyediakan bekalan untuk perjalanan kamu, adapun sebaik baik bekalan adalah ketakwahan. Kamu mestilah takuti Aku, wahai orang orang yang mempunyai kecerdasan.
[2:199] Kamu mestilah berkumpulan bersama sama dengan orang orang yang berkumpul,dan mintalah pengampunan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.