Al-Quran 2:216 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Peperangan akan diperintahkan untukmu, walaupun kamu tidak menyukainya. Tetapi mungkin kamu tidak menyukai sesuatu yang baik untuk kamu, dan mungkin kamu sukakan sesuatu yang tidak baik untuk kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
[2:215] Mereka bertanya kepada kamu berkenaan memberi: "Derma mestilah diberikan kepada ibu bapa ibu bapa, keluarga, anak anak yatim, orang orang miskin, orang orang yang dalam perjalanan (musafir)." Apa sahaja kebajikan yang kamu lakukan, Allah Amat Mengetahuinya.
[2:217] Mereka menanyakanmu berkenaan bulan bulan suci dan juga berperang didalam bulan tersebut: katakan, " Peperangan pada bulan bulan itu adalah berdosa, bagaimanapun, menghalang dari jalan Allah dan tidak percaya kepadaNya dan mengganggu kesucian Masjid Suci, mengusir orang didalamnya, lebih besar lagi dosanya disisi Allah. Penindasan itu lebih lagi jahat dari pembunuhan." Mereka sentiasa akan memerangimu supaya kamu menukarkan agamamu, itulah yang mereka sentiasa berusaha. Sesiapa diantara kamu yang menukarkan agama kamu, dan mati dalam tidak mempercayainya, maka segala amalan mereka akan batal sama sekali, baik didunia ini mahupun diAkhirat kelak. Mereka adalah penghuni Neraka dan akan tinggal berkekalan didalamnya untuk selama lamanya.