Al-Quran 2:215 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Mereka bertanya kepada kamu berkenaan memberi: "Derma mestilah diberikan kepada ibu bapa ibu bapa, keluarga, anak anak yatim, orang orang miskin, orang orang yang dalam perjalanan (musafir)." Apa sahaja kebajikan yang kamu lakukan, Allah Amat Mengetahuinya.
[2:214] Adakah kamu sangka yang kamu akan masuk kesyurga tanpa dicuba sebagaimana telah dicubakan kepada orang orang yang sebelum kamu? Mereka telah dicuba dengan kesusahan beserta bermacam penderitaan yang penuh dengan kepayahan, sehingga rasul dan orang orang yang bersamanya berkata, " Dimanakah kemenangan Allah? " Kejayaan Allah sudah dekat.
[2:216] Peperangan akan diperintahkan untukmu, walaupun kamu tidak menyukainya. Tetapi mungkin kamu tidak menyukai sesuatu yang baik untuk kamu, dan mungkin kamu sukakan sesuatu yang tidak baik untuk kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya.